Wednesday, February 8, 2012

Dihempap simen


Kaki mak mertua dihempap sebongkah simen yg keras dirumahnya.
Kononnya dia nak mengalihkan batu yg berada di atas bangku ke bawah..mana tau terkena plak kaki dia.
Cucu2 yg berada dirumah dah bw dia ke klinik berdekatan tp hya diberi ubat gosok.  Kebetulan aku mengambil dia utk rawatan biasa kencing manis dan darah tinggi dia ke klinik. Doktor yg bertugas menyusuh mak buat x-ray sbb suspect patah. Mmh patah. Aku terlupa nk ambil gambar x-ray tu sbb asyik mendengar doktor punya explanation pasal kaki mak. Mak yg sepatutnya ke hospital utk di simen kakinya sebaliknya (doktor mungkin kesian) hya dibalut mengunakan back slap shj. Ini mungkin mengambil masa lama sbb memggunakan kaedah convensional 3 bulan. Mak pulak x percaya yg kakinya patah..sbb x sakit katanya..lgpun dia tak dpt merasa apa2 di bahagian yg bengkak/patah tuu...
Sekarang mak berada di Shah Alam rumah kak Ani. Lebih teratur skt dia di sana.. ada yg menjaga makan minum dia...Semoga mak cepat sembuh..

Soalan cepumas

Assalam...
Ya Allah...lamanya tak update blog ni...
Nak tutup kot..hehehe..
Untuk tahun ni, inilah post pertama aku..

Nak criter pasal Haikal..yes my putra bongsu..
Lately dia mengutarakan soalan yg sedikit pelik dr soalan2 yg di tanya sebelum ni..
Last weekend di dlm kereta dia bertanya pd ayahnya:
"Ayah..masa dulu2 kan masa bumi ni dah siap siapa yg masuk dulu..??"
Ayahnya sedikit terkejut dgn soalan sambil meminta dia mengulang soalan tersebut.
Haikal pun ulanglah semula dgn perlahan2..
Ayahnya pun jwblah.."Ooohh..Nabi Adam dan Siti Hawalah.."
"Bukan nenek moyang kita ke??" Haikal soal balik.
"Nenek moyang kitalah tu...dia beranak2 sampailah kat kita ni.." jwb ayah nak memudahkn Haikal berfikir.
"Ooohhh...."

Ini pulak baru td dia bertanya pd aku.
"Ibu..Haikal peliklah...nanti abang ngan kakak dah besar..abg dah mcm muka ayah..kakak dah mcm muka ibu..dgn sapa diorang tu kahwin nanti..??"
Aku cuba memahami apa yg dia maksudkan dan kenapa dia berfikir begitu..jd aku pun tyelah dia..
"Kenapa haikal fikir mcm tu..??
"takdelah haikal cam pelik jer..nnti haikal dah besar diaorang tak tinggal kat umah ni ker..nnti haikal nak tinggal ngan ibu lah kat umah ni.."muka dia mcm menunjukkan kerisauan sangat...
"Haikal, nnti bila abang ngan kakak dah besar tuhan dah ada jodoh utk diaorg..Haikal belajar pandai2 boleh tinggal sini ngan ibu.." jwb aku.
Rasanya dia puas hati ngan jawapan aku terus dia sambung main kat luar semula...






Thursday, November 10, 2011

Sebutir Kasih Sejuta Sayang: ~Setulus hati ku mencintai mu~

Sebutir Kasih Sejuta Sayang: ~Setulus hati ku mencintai mu~: Jika aku memandang langit mengharapkan bayangan wajahmu terurai dalam goresan sendu kerana disini aku begitu merindumu. Diantara senand...

Tuesday, August 9, 2011

9 Ramadan

Dah Ramadan ke 9.
Setakat hari ni Haikal belum lg ponteng puasa dan ponteng terawih.
Agak memeranjatkan bila Haikal yg langsung tak pernah cuba2 berpuasa, puasa yang yok ker, 1/2 hari ker..terus mula berpuasa pada tahun ni.
Alhamdullillah... malah lg semangat dia berpuasa walaupun susah sket bila nak bangun sahur.

Saturday, July 23, 2011

Cerita minggu ini....

Ada 2 cerita minggu ni..kedua2nya pasal jalan raya..

Pertama kali dlm sejarah hidup aku dan sejarah aku memandu kereta..
Aku kena saman speed trap..ahahhahaha..klako..
Kena saman kat jalan yg hari2 aku lalu cuma masanya sj yg lain...
Surat saman pos berdaftar sampai ke rumah tp kena collect kat pos office sbb takde org nak receive masa dia sampai. So hubby yg g collect. Trus dia call aku kat office bila dia buka surat tu..aku ketawa je...hubby kata masa aku kena tu jam 11.30 pagi. Pada hari tu aku masuk office lambat sbb kena pegi ambil Haikal dr sekolah coz kakak ngan abang dia ada sports di stadium. Hari tu juga hubby g bayar RM150...tq ye..

Cerita kedua ni, kisah aku lompat katil. Semalam hari Jumaat aku terlambat bangun daaa..apalagi lompat katillah..Jam 7 pagi kuar dr rumah. Aku estimate kena sampai office by 7.45am. Alhamdulillah, kebetulan plak traffic light sumenya hijau time aku lalu tu..apalagi tekan jerlah.. tanpa aku sedar rupanya ada org tak puas hati ngan aku. Aku terperasan masa nak sampai di tol SKVE.
Bila aku nak lalu smart tag lane kete mercedes lama tu pecut depan aku..pastu dia ke lane tunai. Lepas je tol, biasalah kita mesti pecut jelah, lagipun dah lambat ni. Sekali lg mercedes tu yg pemandunya ialah sorang pakcik,potong aku sambil mengeluarkan tangan seperti menyuruh aku ketepi dan dia trus memecut laju. Aku tengok meter aku 140km/j..laju lg pakcik tu..apsal dia marah kat aku ha?? Atau pasal aku bw kete giant aku tu ke? Sampai kat tol Saujana Putra aku tengok pakcik tu sedang menunggu giliran membayar tolnya..dlm hati aku nak je aku buat jahat..hon2 kat pakcik tu!! hishh!! taknaklah..tp dlm hati tu berkata gak...bye2 pakcik..see u...I jalan dulu.. Tepat jam 7.35am aku sampai off...fuh!!

Tuesday, July 12, 2011

Abah dah takde, mak dah takde

"Yeb tak takde sesapa lg dah...
Abah dah takde..mak dah takde.."
Uwan dah pergi meninggalkan Pak Yeb seorang..
Pak Yeb baru saja kehilangan ibu tercinta.
Uwan terlantar di hospital Kajang selama 5 hari kerana diserang strok sejak Khamis lalu. Akhirnya Uwan meninggal dunia pada hari Isnin 11 July 2011.
Siang tadi selesai pengebumian Uwan. Semuanya Pak Yeb yg uruskan dgn bantuan saudara mara terdekat. Aku tengok Pak Yeb menunaikan khidmat kasih dan sayangnya buat kali terakhir utk ibu tercinta.. daripada memandikan hingga mengkafankan ibunya.
Paling sebak ketika selesai kafan dan masa utk sanak saudara utk melihat utk kali terakhir yg memulakannya ialah Pak Yeb..dia bercakap2 dgn ibunya sambil mencium2 ibunya..suasana agak bising dek kerana masing2 sebak melihat Pak Yeb bersama ibunya tp kalau tak silap yg aku dpt dengar ialah..."Mak..mak..yeb ni mak...selamat jalan mak..". Dan disusuli sanak saudara yg lain. Dan ketika bahagian muka hendak ditutup sekali lagi Pak Yeb mencium ibunya..berkali2..
Tinggallah Pak Yeb seorang diri tanpa abah dan mak..dalam usia yg muda..tp dia masih ada kami saudara terdekatnya. Semoga Pak Yeb tabah menghadapi dugaan dan kehidupan yg mencabar ni.

Sunday, June 12, 2011

Warna warni

Bila balik kampung nilah keje kitaorng....