Tuesday, December 22, 2009

Sarawak tok..!!


Jumaat 18hb. bw family bercuti ke Sarawak. Jam 11 pagi dah sampai LCCT. Sedang minum tetiba hubby dpt sms from Air Asia the flight is delay..jam 3ptg plak...so lepaklah kat situ. Jam 2.30ptg we all pun boardinglah.. tunggu punya tunggu sampailah jam 3.30 barulah announce flight ada problem cause of weather kot...hujan lebat sgt..dah tu tak cakap plak delay kul berapa...aku call hotel to inform about our flight delay. Rupanya ada beberapa flight juga delay. Jam 4.30ptg again announcement calling for our flight to take off..

7pm -Sampai sj Kuching cousin aku sms..mana? dah sampai lum...senyap je...? Terpaksa plak explain kat dia. Abg Lan ambil kami di airport dan bawa kami ke hotel utk check in then bw kami plak ke rumah dia. Jauh juga dari hotel. Dalam perjalanan Abg Lan bercerita tentang Kuching. Bandaraya Kuching tak byk sign board, jalanrayanya pulak pendek2 jadi di sini org memandu perlahan..juga tak byk kedai makan Islam. Dia juga mengajar kami sedikit bahasa Sarawak..kelakar sungguh bahasa sarawak nih..!! So after minum2 kami pun drive kereta abg Lan balik ke hotel. Abg Lan dah siapkan kereta dia utk we all ronda2 Kuching...Abg Lan sarjan polis traffic Kuching..so dia tak guna sgt kereta dia.. naik motor. Wife dia juga seorg polis.

19hb. 8pg. Haikal dah ajak ke swimming pool. 9pg- Cari breakfast di pekan Satok.. ada kedai melayu Chillipeppers..kami cuba makan makanan yg popular kat Sarawak..Mee Kolo & Laksa Sarawak.Hhmm...sedap sangat. Lepas kenyang baru boleh ronda2. Kpg Budaya Sarawak, Damai Beach & WaterFront. Disebabkan di Waterfront hujan lebat maka we all pun decided balik ke hotel saja. Nasib baik kami sempat naik sampan tu..merasalah anak2 naik sampan.
20hb. 9pg. Cari breakfast di Satay Ceko. Pagi2 makan sate?? First time makan sate pagi2..Ramainya org kat kedai ni.. Kelainan kedai ni kami duduk dibangku dan mejanya rendah seakan meja jepun gitu..Lepas isi perut kami kerumah Abg Lan. Dia ambil cuti semata2 nak bw kami ke Indonesia..Sempadan Sarawak & Indonesia..macam Bukit Kayu Hitamlah tu..Perjalanan lebih kurang 1 jam. Ramainya orang. Cuaca pulak panas terik.
Dapatlah kami membeli belah sedikit sebelum pulang esok.
21hb. 10pg. Check out. Lepas breakfast kami melawat muzium. Ada byk muzium di Sarawak dan terletak berdekatan antara satu sama lain. Lepas tu ke rumah Abg Lan. Dia akan menghantar kami ke airport. Sebelum tu dia bw kami ke sebuah kedai kek Lapis Sarawak...apalagi borong sakan aku..Sambil aku pilih kek Lapis aku dengar dia menalipon seseorang.. katanya kawan dia akan menghantar ikan terubuk masin utk aku bw pulang ke Semenanjung. Wow...byk tu...dekat 25 ekor...aku berkira2 nak bagi kat sapa ikan2 tu...hhmmm..
Abg Lan dan wife hantar kami ke airport. Terima kasih banyak utk Abg Lan. Sambil menunggu boarding aku masih sempat lagi bershopping utk yg terakhir di Kuching...

Monday, November 30, 2009

Qurban 1430H


Assalam...
Ahad 29 Nov. Ibadah qurban di rumah ibu mertuaku. 2 ekor lembu tumbang. 14 bahagian daripada kesemua adik beradik hubby yg 10 orang bersama mak dan 3 anak2 ku. Abg azam di Pahang pulang utk meraikan bersama. Diadakan di perkarangan rumah.
Jam 9 pagi program bermula. Urusan menyembelih diketuai dan diuruskan oleh Zeri (adik ipar) bersama rakan2nya..

Menu pada hari itu ialah tentunya berasaskan daging..hati daging masak kicap, sup daging, BBQ daging dan air tebu yang dimesin sendiri.
Cuaca pada hari tu hujan sekejap-sekejap. Yang tengah masak BBQ kena lari ke dalam khemah...
Yang tengah melapah daging dihidangkan kuih muih bersama kerepek dan keropok.
Sempat gak mereka merasa BBQ kami tu..

Walaupun Kak Ana dan family dia tak dpt pulang, suasana pada hari tu cukup meriah..kebetulan pula family Kak Jah dari Pahang juga berada di sini kerana melawat saudara mereka di Sg. Merab dan pada hari itu mereka nak kembali ke Pahang .
Jadi mereka singgah makanlah...Aku tengok diaorang makan sampai mengelap peluh...!!

Kalau diizinkan moga tahun depan pun boleh buat lagi. Insyaallah.

Monday, October 26, 2009

Anakku Convo..!



Haikal convo semalam. Convocation Tadika Aulad telah diadakan di ESSET KWSP. Not bad. Berbagai ragam dan aksi kanak2 di atas pentas mmpamerkan bakat mereka. Tak terkecuali anak aku...kat rumah susah betul nak dengar dia baca doa atau menyanyi...hah..kat atas stage tu dia...!!

Thursday, October 22, 2009

Lambaian Kaabah

Pada 16hbOct yang lepas telah berlangsungnya satu majlis serba ringkas untuk meraikan para tetamu Allah di Seri Kembangan. Majlis ini dianjurkan oleh hubby dan juga bersama ahli2 JKPnya iaitu Zon 20,MPSJ. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah EXCO Kerajaan Negeri YB Hj. Yaakob Sapari yang sedikit lambat hadir disebabkan dia juga sedang mengadakan open house di rumahnya.


Selesai shj ucapan dari YB seterusnya majlis penyampaian sumbangan. Disebabkan wife YB tak dapat hadir maka aku plaks jadi bidan terjun untuk menyampaikan sumbangan kepada bakal2 hajjah. Ahakksss....sogan den. Inilah pengalaman pertama aku memandang untuk tidak menghampakan permintaan hubby...lagipun majlis hubby yg organize. Adalah sedikit berbangga walaupun dgn sedikit contribution yg tak seberapa tu...lagipun dapat gak ambil berkat dari hajjah2 tu..manalah taukan kot2 sampai hajat nak ke Mekah lagi...hajjahlah pulak...insyaalah..amin.

Lepas habis jer majlis bergegas plak ke open house YB Hj. Yaakob Sapari yg tak berapa jauh jer dari situ.

Sunday, September 27, 2009

Cerita raya

Disebabkan dah terlalu banyak makan rendang, lemang hubby plak minta masakkan nasi, goreng ikan masin, telur dadar pastu dia jadikan rendang ayam mak jadi sup rendang ayam...ha..ha..ha...jangan tak tau hubby aku bab mereka cipta resepi ni boleh tahan gak...sup rendang ayam dia laku sampai terbaliklah periuk..habissss......


Malam baru dapat beraya di rumah mak long inab ngan uwan maznah memandangkan siang tu ramai orang datang kat umah.


Raya kedua kami beraya di rumah Tok Ulong..dia dah nampak sedikit uzur..Kak Teh dan Abang dah nampak lain...mungkin sebab sakit yg mereka deritai.

Disebabkan jem hingga ke pekan pilah, maka kami pun ikut jalan dalam kampung..walaupun hubby main redah jer sampai gak kami ke Dioh. Sampai di rumah Mak Lang dia tinggal sorang.. anak2 dia dah balik semuanya. Dia pulak sound trouble, terpaksa aku buat ulang suara berkali2 bila nak berborak ngan dia..

Malam tu aku bertolak balik ke Bangi..memandangkan ipar2 aku asyik calling2 nak datang ke rumah esok.

Syawal datang lagi..


Alhamdulillah....syukur. Masih dapat merasa beraya. Raya sana Raya sini.
Malam raya sampai di K.P. Pagi2 lepas sarapan siap2 nak ke masjid. Sembahyang sunat hari raya. Ramainya ummat K.Pilah...Melihatkan dari rupa, gaya, kenderaan memang dari bandar...tapi bila dah balik kampung tetap sleng Kolo Pilah...
Tahun ni YB Datuk beraya di kampung. Dengan aku sekali dapat duit raya daa....bukan bebudak jer dpt duit raya dari Datuk Hasan Malek tapi mak bapak budak ngan atuk2, uwan2 pun dapek yo..ishh..! murah rezeki Datuk.

Selesai sembahyang kami ke kubur Onyen, Uwan dan Acu..dah tu balik umah..
Apalagi sessi bermaaf-maafanlah. Biasalah bila dah bermaafan pasti ada sedikit kesyahduan...abah tak dapat menahan airmata bila abang mula menghulurkan maaf..mana taknyer abg masih belum pulih dari accident empat bulan dulu.

Selesai bermaafan, sessi bergambar. Tahun ni kami 6 beradik di bawah satu bumbung bersama family masing2...bayangkan mak dan abah dah ada 11 cucu..!!

Raya tahun ni juga kami dikunjungi saudara yang dah lama tidak pulang ke kampung..sekali datang 4 kereta bersama ahli keluarganya..

Pak cik tiri aku pun pulang setelah sekian lama..itu pun setelah arwah atuk meninggal dan mewasiatkan supaya uwan bawa pak yeb pulang ke kampung berjumpa sanak saudara.

Ada lagi cerita raya..

Friday, September 11, 2009

Imam kecil

Semalam Amier mengimamkan kami waktu solat terawih..
Dah besar dah dia..berbangga.
Rupanya dia berhasrat juga nak menjadi imam solat di sekolah tapi tak berpeluang katanya. Hah...ayah pun dah training Amier jadi imam, o.klah tu..cuma kena improve harkat dan suara kena kuat skit jer....

Thursday, September 10, 2009

090909

Semalam memang tarikh keramat...
aku jadi mangsa keadaan...paip pecah kat Serdang.
Makanya aku dan passenger aku monteng keje.
Mana taknya, aku sampai kat tempat kejadian tu lebih kurang pukul 6:50am.
Bila jalan dah tutup lencongan dibuat menuju ke Pasar Borong Selangor...
Call hubby tye alternative way..Hubby kata kena patah balik ikut Cyberjaya...
Bila berjaya buat U turn jam dah pukul 8:05...
Hubby kata baliklah..dah lambat pun.
Dengan persetujuan bersama passenger pun tak kisah, baliklah aku dgn rasa tak bersalah...

Di radio menyatakan jalan2 yg boleh dilalui..
Memang jem yg teramat teruk pernah aku lalui..
Dalam perjalanan pulang sempat gak aku tengok mat-mat motor lepak2 kat tepi jalan..
Macam berkelah pun ada...chatting ngan polis pun ada...

Kebetulan lagi satu..
Ketika mengikut hubby petang smlm utk berjumpa customernya, aku hanya menunggu di dalam kereta. Sambil mencari2 siaran radio kegemaran aku tetiba aku terpandang di panel screen digital display kereta tertera 9999km..hhmmm interesting coinsidentkan..

Tuesday, August 18, 2009

H1N1



Assalam...

Pada Jumaat lepas terkejut apabila 2 org staff HRD datang sambil menghulurkan pada aku beberapa helai mask untuk dipakai oleh semua org dlm dept. aku berkuatkuasa sertamerta.

Bermakna the whole floor kena pakai sbb anak seorang dr. staff confirm H1N1 dan hanya menunggu result daripada staff tersebut mengenai status dirinya. Ini adalah kes ke 3 dlm company..kes pertama dan kedua drp branch..dan kali ini dr HQ.

Tapi hari ni kami telah diberitahu bahawa staff tersebut bebas dari dijangkiti dan kami sume tak perlu pakai mask lagi....bukan apa susah tul nak bernafas....

Thursday, August 13, 2009

Pergi Tak Kembali

Petikan dari blog saifulislam..

Sungguh mengejutkan...

Saya menerima sms daripada Ustaz Zabidi Mohamed kira-kira jam 11:40 pagi tadi.

Ustaz Asri Ibrahim, vokalis kumpulan nasyid nombor satu negara, Rabbani, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 11 pagi tadi. Beliau yang sedang menjalani rakaman program Syahadah di RTM, rebah, dipercayai akibat serangan jantung. Ustaz Asri Ibrahim dibawa ke Hospital Pantai dan diisytiharkan meninggal dunia di situ.

Kehilangan Ustaz Asri Ibrahim amat dirasa kerana beliau dan nasyidnya di dalam kumpulan Nadamurni dan kemudiannya Rabbani, telah saya dampingi semenjak di usia kecil. Nasyidnya, zikirnya, doanya, malah tazkirah dan nasihatnya, adalah peneman diri dalam kehidupan dan perjuangan. Moga segalanya menjadi amal kebaikan peneman diri beliau dalam kembara pergi tak kembali itu.

Memetik ucapan Ustaz Asri Ibrahim di blog beliau:

“Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat, dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…“

Semoga Allah melimpahkan seluas-luas rahmat, keampunan dan kasih sayang-Nya ke atas roh Almarhum, dan mengurniakan sabar dan tabah sebanyak-banyakkan buat seluruh ahli keluarga beliau.

2_156(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” [al-Baqarah 2: 156]



PERGI TAK KEMBALI

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Setelah seluruh hidupku pada liku suka dukanya ditemani oleh buah tangan Ustaz Asri Ibrahim, mudah-mudahan buah tangan itu kini menjadi amal soleh yang menemani perjalanan al-Marhum di alam yang sepi dan sunyi itu.

Bilakah pula perjanjian itu ke atas diriku dan dirimu?

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Sunday, August 2, 2009

Kenduri Keluarga


Assalam...

Pada awal bulan lepas, kami telah mengadakan kenduri doa selamat & tahlil di rumah mak mertua ku di Semenyih. Memandangkan Kak Ana dari Batu Pahat pun ada kerana menghantar anaknya untuk ke UiTM Shah Alam dan kami pun dah lama tak berjumpa dan berkumpul maka diadakanlah majlis ini.

Bab masak-memasak Kak Ani yang mengetuai manakala Abang Mispa mengetuai bacaan Tahlil dan doa pada hari itu.

Thursday, July 30, 2009

Unlucky day for Wong

Assalam...

Hari ni aku nak bercerita pasal sahabat aku yg duduk berjiran dgn aku di office.
Pagi tadi Wong datang pada aku ketika aku sedang menolong Iffah "mengerjakan" schredder machine yg tetiba buat hal..." U tengok muka I ni...I terlanggar pintu tu...sambil dia menunjuk exit door yg kami selalu gunakan seharian. Merah pipi sebelah kiri Wong..."Itu pintu sudah rosaklah..dia tak mau bukak besar..." Ini bukan pertama kali dia terlanggar pintu...first masa dia nak keluar tiolet, masa tu aku dah perasan pintu toilet tu dah rosak.

Lepas tu aku dapat tau camera kepunyaan department yang dipinjam Wong telah hilang.
Aku terpaksa buat inquiry session pada Wong dan mereka yg berkenaan sebelum pihak yg terbabit melaporkan pada boss...manalah taukan kot-kot ada benda yg diaorang terlepas pandang atau tersalah letak. Wong pulak didapati org terakhir yg menggunakannya. Semasa mencari2 camera Wong telah terluka jari telunjuknya..dia secara tak sengaja telah memasukkan tangannya ke dalam mangkuk yg berisi blade untuk testing produk.

Hari ni Wong kerja 1/2 day..cause mak dia tak sihat...so dia pun balik jam 12:30 tgh hari. Senior Wong pulak setelah pasti camera tu hilang, maka dia pun melaporkan pada boss. Boss kata buat spotcheck and if confirm hilang dia terpaksa bagi Wong warning letter. Sedang kami buat spotcheck, Wong call senior dia inform that dia baru sampai rumah (jam 3 ptg)...rupa2nya balik dari office dia accident..kereta Wong menghentam sebuah teksi di depannya yg katanya tiba2 berhenti..Wong memang kami sume tau dia very fast driver..always speeding..badan jer kecik..dia menunggu husbandnya di dlm kereta hampir sejam sambil orang ramai mengelilingi keretanya menyuruh dia keluar...mana taknya dia berada ditengah jalan ooii..!!

Hari ini hari yang mencabar bagi Wong. Bagi sahabat2 chinese aku berpendapat hari ini adalah hari very bad luck for Wong. Sempat juga Wong bergurau on the phone td berkata esok apa pulak yg jadi...

Tuesday, July 28, 2009

Yang datang Yang Pergi


Assalam....
Bulan ni ramai juga yg mengadakan majlis perkahwinan..maklumlah dah nak masuk bulan puasa nie kan. Aku pun tak terlepas juga mendapat undangan.


Minggu lepas kami ke Klang untuk menghadiri majlis kahwin anak Kak Asmah & Razali, sahabat kami ketika bekerja bersama2 di Bangi. Maka ramailah sahabat2 yang datang yang sekian lama tak berjumpa. Betapa gembiranya tuan rumah kerana dpt menghimpunkan kembali sahabat2 di dalam majlis beliau. Seronok dapat jumpa diaorang...Teringat pulak pada sorang sahabat yang telah meninggal dunia beberapa bulan yg lepas. Semoga ditempatkan bersama org2 yg beriman dan soleh.

Berbesar hati



Ingin berkongsi kebanggaan terhadap suami tercinta di atas tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada beliau.

Diharap dapat melaksanakan tugas dengan jujur, amanah dan bijaksana.

Sunday, July 26, 2009

Payah dan sulit

Kadang2 bila sesuatu keputusan yang hendak diambil itu amatlah payah dan sulit..harus dilihat dari berbagai2 sudut...
Kadang2 kita rasa terpanggil untuk membantu, menolong dan berbakti kepada masyarakat...
Memang kita berhati mulia...tapi nawaitu itu perlu seiring dengan perbuatan..janganlah pula mengharap balasan...jangan pula mengambil kesempatan. Kerana apa..?? pangkat?? darjat..?? nama..??

Hendak membantu pula ada bermacam cara...secara terbuka atau tertutup... siapa yang hendak dibantu itu..?? saudara terdekat sudah dibantu ke belum...ditakuti nanti orang kata kera dihutan disusukan...Jika sekarang pun tak cukup tidur takut nanti tak tidur langsung...jika sekarang dpt bercuti takut nanti tak de cuti..

Maka untuk menjadi wakil kepada masyarakat bukanlah perkara mudah..Keputusan hendaklah diambil dengan mengambil kira kesan dan akibat, positif dan negatif, baik dan buruknya. Bertolak ansur itu perlu..sesungguhnya kita mengharap antara satu sama lain..dan saling memerlukan.

Thursday, July 2, 2009

Janji

Assalam..

Kenapa orang suka berjanji?..membuat janji? mengingkari janji? lupa pada janji?
Janji dgn anak.." mama janji, nanti mama belikan mainan tu utk boboy.."
Janji dgn isteri.." abang janji, abg takkan kawin lagi, abg takkan buat macam tu kat sayang.."
Janji dgn mak.." o.k, Man janji...nanti Man bawa mak berjalan ke sana.."

Kesemua janji itu tak satu pun tertunai....
"Kenapa mama tak belikan mainan tu? kan mama dah janji..???
"Kenapa abg nak kawin lagi..kan abg dah janji sayalah isteri abg sorang..??
"Man janji nak bawa mak ke sana...Man dah lupa ke..???

Apapun alasan yg diberikan...pada orang yang menerima janji itu..janji tetap janji.
Setiap janji itu disimpan dihati dan minda. Orang yg berjanji akan mudah lupa tapi org yng menerima akan ingat selagi tak ditepati.

Bagi aku..dah byk janji yg aku dengar...serik...
Pada orang yg suka berjanji tu, bagi aku eloklah dia berjanji pada diri sendiri dan Tuhan. Takde sorang pun yg tau..yang dengar..kalau pun tak tertunai janji, itu antara dia dan Tuhan.....

Friday, June 26, 2009

Harga Sebuah Perkahwinan

Assalam..

Semalam aku menerima call dr. salah seorang staff di off. Berikutan aku telah bertanya kepada superiornya mengenai status perkahwinannya dalam record aku yg masih tidak jelas.
Jadi dia call untuk memberi penjelasan mengenainya. Tak pasal2 aku tempat dia meluahkan perasaan geram, benci, kecewa terhadap bekas isterinya itu. Rupa2nya isterinya curang dan dia sendiri telah "menangkap" isterinya bersama lelaki lain.
Dia sangat kecewa dan seperti menyalahkan takdir dia asyik menyebut 'kenapalah saya yg kena macam ni..kenapa saya.. bukan org lain'.
Katanya dia berasa amat malu untuk bertemu aku utk menjelaskan perkara ini dan lebih selesa berbual melalui telefon shj dan tak tau cara bagaimana utk declare statusnya kpd company.

Bekas isterinya itu ditatang bagai minyak yg penuh. Berasal dr keluarga yg sgt susah dan diberikan kesenangan. Dan yg paling memeranjatkan aku isterinya pernah berurut utk mengelak dari mengandung.

Sering memberi alasan untuk keluar rumah dan lama-kelamaan apabila kawan2nya selalu terserempak isterinya bersama org lain dia pun mengambil tindakan jadi spy dan akhirnya tertangkap.
Ceritanya lagi dia seringkali gagal dlm menjalinkan hubungan. Bila bercinta asyik dikebas org dan perkahwinannya juga begitu.
Kali ini dia amat serik dan takut pada relationship. Setakat yg aku kenali dia ini seorang yg baik dan pekerja yg rajin. Sebagai 'counselor' ketika itu aku hanya menasihatkan dia jgn menyalahkan takdir dan banykkan bersabar dan cuba berfikiran positif. Ada org lain yg lebih teruk dr kes dia.

Apapun aku berpesan pdnya setiap yg baik pasti akan dibalas baik juga...
Inilah harga sebuah perkahwinan. Tak semestinya apa yang kita harap dan inginkan akan terjadi. Langit tak selalu cerah. Kita hanya mampu merancang.....

Tuesday, June 2, 2009

Sahabatku Ratha

Salam..

Minggu ni Ratha akan berkahwin. Ratha sahabat aku di office. Sebenarnya aku tak sangka dia akan berkahwin memandangkan dia menghampiri berusia 40 thn. Dan bakal suaminya juga bukan jauh tetapi sahabat baiknya yang rapat dengannya yang dia sendiri tak menyangka akan jodohnya itu. Itulah orang kata kalau dah jodoh tak kemanakan...Tetapi jodohnya ini telah tentukan oleh kedua belah parents masing2. Aku ada juga bertanya pd Ratha...what is ur feelings now towards ur future husband which is before is yr best friend..?? she just smile and replied..."I don't knowlah La....I don't have the kind of feelings yet...hopefully it will change later.." Aku nampak ada sedikit genangan airmata di matanya...Pastu aku bersalah plak tanya soalan cam gitu..Anyway..for Ratha moga berkekalan hingga akhir hayat...(nak pegi tak wedding dia...??? banyak gak wedding nak pegi nih...hishh!!..boleh kita pegi tak bang..??)

Family short trip





Salam..

Sabtu lepas kami ke Penang. Sebenarnya hubby ada duty di Penanti. Jadi aku pun bagi idea kat hubby utk bawa anak2 sekali memandangkan dah mula cuti sekolah. Tak sangka plak dia setuju. Apalagi anak2 pun happy sangat. Kami bertolak awal pagi dan sampai jer terus check in di Traders Hotel. Lunch kami cari nasi kandarlah..Malam kami jalan-jalan cari makan di pekan Penanti. Dapat gak hubby jumpa kawan2 seangkatannya. Ada ceramah kat situ rupanya. Ahad- lepas breakfast anak2 melepaskan geram mandi di swimming pool sampailah waktu check out. Lunch nasi kandar lagi...and time to go back...Amier request nak naik feri. Sampai di KL, cari dinner plak..so we go to Victoria Station.. pekena steak..hhmmm....reach home..alhamdulillah...so tired..zzzzzz..esok nak keje daaa....

Sunday, May 24, 2009

Usrah





Salam...

Minggu lepas giliran hubby untuk mengadakan usrah sepertimana yang telah dibuat di rumah kawan2nya sebelum ni. Hubby telah menguruskan segala-galanya..dari makanan hinggalah susunatur.


Menu hari tu mee hoon goreng singapore, ayam panggang, pengat pisang, roti jala,sedikit kuih-muih dan teh panas. Rata2 kawan2 hubby memuji menu hari tu...tak sia2 dia order dari Oja..siap bungkus bawa balik utk orang rumah masing2....
Terima kasih pada yg hadir.

Saturday, May 23, 2009

Abangku accident

Salam...

Aku sekeluarga dikejutkan dgn kemalangan yang menimpa pada Abang. Dia kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerjanya. Akibatnya dia mengalami patah peha kiri dan bahu kanan. Mak dan abah pun datang dari kampung untuk melihat keadaan abang. Ini adalah kali kedua abang kemalangan..tapi waktu tu banyak luka-luka..takde yang patah.
Kali ni mak dan abah dah warning jgn naik motor lagi pergi kerja. Kalau mengikut cerita abang bagaimana dia kemalangan memang mengerikan...mana taknya dia tercampak dan berguling2 entah berapakali dan dilanggar pulak oleh kenderaan yang datang dari belakang..nasib baik dia berjumpa dgn orang yang baik2 yang sudi membantu dia hinggalah ke hospital.. syukur.

Nampaknya bukan abg saja yang patah kaki, isterinya juga "patah kaki". Kak Long terpaksa belajar menguruskan hal ehwal keluarganya yang selama ini dibahu abang. Dari hal anak sampailah ke pasar. Kak Long juga kena kembali memandu. Kami adik beradik juga akan membantu sekadar yang termampu..insyaallah.

Saturday, April 25, 2009


Salam..

Bulan ni ramai yang pergi menunaikan umrah. Teringat pula masa aku dan hubby menjalani ibadah di sana pada 2 tahun lepas. Terasa masih baru..dan masih terasa rindu...Rindu bila lagi nak ke sana. Yang menariknya di sanalah aku mendapat makna kepada nama aku...Cahaya yang terpendam.

Jikalau aku mendapat peluang untuk ke sana lagi..insyallah.. aku ingin perbaiki kelemahan aku yang lalu.

Sunday, April 12, 2009

Hari Sukan Tadika Aulad

Salam...

Hari ni hari sukan anak aku..Haikal...
Walaupun setengah hari tapi boleh tahan jugak penatnya...
Pagi2 lagi dia dah siap tak sabar2 nak pergi..
Sampai je kat Kompleks Sukan tu, rasanya suara dia yg paling kuat menjerit2 memanggil aku yg sedang memerhatikan dia dari tempat duduk penonton.
Sekejap ajelah aku duduk kat atas tu...


Kebanyakan ibu bapa ingin melihat anak2 mereka bersukan dari dekat. Selalunya kalau Tadika Aulad Center buat acara sukan ibu bapalah yg paling exited. Maka terpaksalah Ustaz Hamirdin buat announcement mengingatkan pada ibu bapa supaya jgn terlalu dekat dgn trek...
Ibu bapa yg exited sangat tengok anak2 mereka berlumba di trek. Ada yg nak ambil gambar, nak rakam video, nak tolong kipas pun ada..Bukan setakat ibu bapa pelajar jer yg datang, adik beradik dan tak ketinggalan juga datuk dan nenek pun datang bagi sokongan moral pada mereka.

Melihat gelagat anak2 ni bersukan memang kelakar. Bermacam2 ragam..yang exited tu jangan cakaplah...macam Haikal jugak. Dek kerana lama sangat rasanya menunggu giliran dia untuk berentap dia boleh sound kat cikgu dia.." cikgu...saya bila pulak cikgu...". Tak kurang juga yang menangis tak nak bertanding. Haikal pulak dah menang satu acara dah ajak balik.
Satu lagi acara yg selalunya ibu bapa tunggu ialah cabutan bertuah...Semenjak anak aku yg sulung bersekolah di situ hinggalah sekarang ni tak pernah pun aku bertuah untuk mendapatkannya.

Saturday, April 4, 2009

Wanita

Salam...
Saya ingin berkongsi sedikit apa yang saya dengar baru2 ni dari Radio KLfm setiap pagi iaitu rancangan AlZikrah. Saya tertarik mengenai apa yg diutarakan oleh Ustaz Fauzi Mustafa mengenai pengaruh wanita terhadap lelaki. Lebih kurang beginilah katanya:-

Di dalam diri seorang lelaki itu terdapat 3 tempat di mana syaitan berkumpul:-
1) di mata
2) di hati
3) di kemaluan

Dari pandangan mata akan turun ke hati dan hati akan berkata2 pula dgn syahwat dan akan membawa kepada kemaluannya..(kalau dah sampai situ faham2 jelah..)

Menurutnya lagi Rasullallah pernah bersabda, lebih kurang begini : "bahawa sekiranya kamu iaitu lelaki sedang berpergian atau bermusafir dan terpandang wanita dan berkeinginan hendaklah kamu berpatah balik pulang kepada isteri kamu di rumah. Maka dengan itu hendaklah kamu menundukkan pandangan kamu itu. "

Jadi apa yang dapat saya simpulkan di sini, betapa besarnya pengaruh seorang wanita itu maka dia mampu menundukkan lelaki berdasarkan kehendak dan kemahuan wanita tersebutlah. Kalau jahat maka lelaki2 yang lalai akan cepat tergoda dan terpengaruh...
Maka berjayalah syaitan2 mencapai matlamatnya....

Fikir-fikirkan sejenak..

Wassalam