Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan 1431H

Dah seminggu ramadhan hari ni..
Belum ada kesempatan ke bazar ramadhan..walaupun skrg ni ada kat mana2 jer..
Nak singgah atau tak nak jer...
Tapi aku memikirkan masa...dek kerana mengejar masa jadi aku beli saja di canteen.
Kak Yah tukang masak canteen baru masak jer aku and the geng dah siap2 nak booking lauk favourite..
Jadi bila balik tak ler kelam kabut mencari juadah berbuka...
Weekend hari tu aku masak..ala kadar jer..
2 hari ni hubby ada jemputan di hotel..aku berbukalah ngan anak2..

Ramadhan kali ni aku rasa mcm lain jer...
tak macam tahun2 lepas selalunya sebelum ramadhan sampai aku dah siap2 beli telekung baru. Lepas tu aku tukar satu rumah ngan yg baru..eh!eh!..bukan beli baru yea..tukar kepada yg lain jer..tahun ni satu pun aku tak buat..kenape ehh!!??

Sunday, August 8, 2010

45 Tahun




45 tahun...bagi aku satu masa yg sgt lama..
Abah & mak menyambut Ulangtahun perkahwinan yg ke 45thn pada hari ini..8/8/2010.

Suatu ikatan suci yg abadi yg semestinya kekal hingga ke akhir hayat..

Abah & mak mempunyai minat yg sama. Shopping, carpet, perabut, pinggan mangkuk..hish!!..byk koleksi diorg ni..
Masih aku ingat lg waktu kami tinggal di JB, Singapuralah tempat kami bershopping.
Abah & mak mmg sgt suka shopping sampailah skrg ni..

Kalau mrk dtg menziarah kami di sini pun mesti singgah bershopping samada semasa dtg ataupun semasa pulang semula ke kampung. Kadang tu aku pun tak tau yg shopping complex berhampiran dgn rumah sedang mengadakan "sale".

Abah mmg suka makan..sbb mak pandai masak..dan tukang kritik masakan mak pun abah jugak..

Sekarang ni abah dah pencen,mak pulak yg bekerja..bila mak bekerja abah kenalah jadi driver mak..kalau tidak sape nak hantar baulu, kuih bakar, kuih bangkit tu sume kepada pelanggan..

Tapi sekarang ni pun mrk berdua tidaklah selalu sihat sgt..terutama abah..selalu sakit2..sakit kaki, sakit lutut, sakit belakang...

Bila diaorng dah mencecah usia emas ni, anak2 pulak jd tempat mengadu bila diorg berkrisis..perang dingin tu adalah sikit...tapi sgt jarang berlaku. Mak cukup faham sikap abah..begitu juga abah terhadap mak..kadang2 tu abah kata "omak kau mmg camtu"..mak plak.."hhmmm..abah kau lah tu"..

Kadang kala tu ada juga mrk berjauhan keluar dari N9..samada mak atau abah dihantar Jabatan Pertanian utk berkursus. Maklumlah mrk ni masih aktif.

Belum cukup lagi khidmat aku pada mereka berdua..aku teringin utk melihat mrk berehat2 dirumah menunggu anak cucu pulang ke kampung.

Aku membayangkan di mana aku..adakah aku bisa sampai ke hari itu..

Atau sempatkah aku utk sampai ke angka itu..

Friday, August 6, 2010

Pengemis


Assalam....
Lama gak aku cuti..bukan apa byk commitmentlah..macam2 nak dibuat..

Senja tadi semasa aku otw utk pulang kerumah utk sekian kali aku terjumpa pengemis ini yg entah dari mana..
apa yg dapat aku rumuskan setelah terserempak beberapa kali, dia ni akan berjalan2 di sekitar flyover Glenmarie sebelum traffic light..so apabila kenderaan berhenti di lampu merah dia akan datang ke cermin kereta utk mengemis.

Apa yg aku geram dia ni nak mengemis tengok orang jugak..kalau tak silap aku, ketika aku ada membawa passenger disebelah dia takkan dtg tapi bila aku seorang dia datang menghampiri cermin dan buat muka kesian dia tu!!...aku perhatikan perempuan di hadapan selang satu kereta, berseorangan, telah pun manjadi mangsanya..ntah kenapa aku dpt rasakan selepas ni dia akan ke cermin kereta aku..hhmmm..mmg betul..dgn muka kesian, leher dia berbalut aku pun bagilah rm2..aku tak faham plak apa dia cakap..

Tapi itu minggu lepas, hari ni aku jumpa dia lagi..dari jauh aku dah nampak dia sedang berjalan di atas flyover sambil menghampiri beberapa buah kereta...ok..aku pun pasang strategi.. mmg dia nampak aku sorang dia dtg dekat cermin kereta, aku halakan camera phone and snap!! dia terkejut dan terus hilang dicelah2 kereta dibelakang aku....