Wednesday, October 27, 2010

Pujuk

"Bila nak buat homework tu..???"

"Haikal cam malas jer.."

"Kalau malas mcmana nak cepat pandai..nnti teacher tak bg Haikal excellent lg...nnti teacher tambah kerja dan kena balik lambat..belajar tak boleh malas, org lain dah laju kedepan Haikal masih tertinggal kat belakang.."

"oooo..mcm lumba lari...hari sukan hari tu Haikal lari kuat...ada budak gemuk dia kena tinggal kat belakang, bu..."

"Hah..pandai pun..Haikal ckp td Haikal mcm malaskan..?? Haa..jadi mcm budak gemuk tulah...belajar ni mcm lumba lari jugak..siapa cepat, laju dia....???

"Menang.."

"Siapa lambat..??

"Kalahlah.."

"Haa..taupun..dah tu bila boleh buat homework tu...??"

"Esoklah..."

?????????

Monday, October 25, 2010

Tertidur punya pasal


Alkisah....
Ini Hot FM punya topik pagi tadi. Tetiba aku teringatlah kisah aku tertidur.
Aku tertidur seketika di traffic light..!!! Al maklumlah dari Shah Alam ke Bangi...
Tak taulah berapa second aku terlelap ...tau2 rasa kereta macam bergoyang..
Dlam keadaan mamai2 tu aku tengok org kat depan tu dah keluar nengok bumper blakang dia. Aku plak tgh risau sbb aku bawa anak aku yg bongsu tu..ok dia tak apa2..anak aku siap sound aku.."ibu langgar ke"?

Ya ALLAH..habislah kemek kereta org ni aku kerjakan...risaunya aku sambil aku melangkah kluar dr kereta tersengih2 minta maaf kat pakcik tu.."Huh..!! tido ke..??"dia sound aku sambil menonggeng2 mcm mencari sesuatu..

Aiik...!!! byknya calar kat keta pakcik tuu....calar balar...calar yg aku langgar yg mana satu eerkk??? Pakcik tu garu kepala tak gatal dia...habis calar balar tu diusiknya..tak nampak pulak calar baru pun...sume calar dah lama, yg dah sedia ada sblm aku langgar dia..Hhhmm...jadi case close..dia tak dpt nak charge aku...hehehe..ini kes kissing jerlah tuu..

Itu aku..tp ada sahabat tertidur mcm aku gak kat traffic light..keta auto..bila berhenti gear tak diletakkan ke "P" atau "N" dan tak pull handbrake. Bila dia terlelap dlm beberapa second keretanya tlh melanggar bas didepan..Maka keretanya yg rosak teruk..Moral of the story...Dah jadi baru nak serik..huahahha...

Sunday, October 24, 2010

Dulu Sekarang


Anak2 dulu dan anak2 sekarang mmg jauh berbeza.
Dulu kalau tak silap, aku tak pernah menyertai lawatan rombongan sekolah..jauh ataupun dekat..kalau nak ke mana2 pun mesti bersama family..
Tawaran untk melanjutkan pelajaran pun aku tolak..vokasional, Uitm, Space..hhmm adalagi ker?? Kenapa???..Mak & abah tak bagi...Kenapa?? Jauh sgt..nanti tak tau apa jadi..sakit pening..sedara mara takde kat sana..bla..bla..bla..

Bukan apa, anak2 aku sekarang ni beruntung. Kemana diaorg nak pergi,kemana diorang nak belajar, ikut pilihan mrk sendiri...Tapi bukan semuanya permintaan mrk aku dan hubby tunaikan...kami akan berbincang bagi memastikan tempat yg mrk nak pergi,lawati ataupun belajar tu bersesuaian. Maklumlah, tempat2 yg mrk nak pergi tu kami kena tau juga bagaimana persekitarannya, cuaca dan sebagainya..contoh..pernah dulu sekolah anjurkan rombongan ke PD..waktu tu dah masuk musim tengkujuh..jadi aku tak benarkan. Lagi2 pulak kes accident bas rombongan masa tu macam tengah musim. Fobia dibuatnya.

Aku dan hubby pernah lepaskan anak berjauhan. Dinie memilih sendiri utk belajar di salah sebuah sekolah agama di Perak selepas mendapat result UPSRnya. Wan dan atuknya pun asyiklah suruh pilih yg berdekatan..kat Seremban kan ado...apo jauh bona..nak buat mcmana..kami sedaya upaya mengikut pilihan dia walaupun sebenarnya berat hati.
3 bulan pertama, Dinie dah dpt sesuaikan diri tapi masih lg menangis setiap kali kami pulang selepas melawat dia. Lepastu dia dah mula buat mcm2 permintaan...suruh dtg every week, suruh bw dia kluar jalan2 dan dah minta transfer pulak...
Baru dia tau berjauhan dgn family...kat sana kena bangun awal, cuci baju sendiri, gosok baju sendiri, serba serbi sendirian berhad. Makan tidaklah sesedap makan kat rumahkan...

Bila dia dah tau begitu kehidupan di asrama, dia minta juga kat ayahnya utk transfer balik ke sekolah yg berdekatan saja dgn rumah..jalan kaki jer..Alhamdulillah..setelah hanya 6 bulan sj dia bertahan di situ akhirnya berjaya juga Dinie transfer. Lepas tu bila ada cousin yg nak cuba2 apply sekolah berasrama, mama diaorg mesti suruh rujuk dulu kat Dinie..hahaha..tanya org berpengalaman..Lepas tu mesti diaorg tak jadi nak pilih asrama yg jauh..legalah mak bapa diaorg...

Wednesday, October 20, 2010

Tak balik lagi..!!!

Bukan pertama kali jadi macam ni..
Azan maghrib telah pun berkumandang di surau, diaorang tak balik lagi..
Takpe tunggulah kejap lagi..mesti Amier tgh mencari adiknya tuu...
Dah dekat 10 minit..tak de gak..
"Dinie..pegi jap cari diorg..menyinggah kedai kot.."
"Dah cari bu...ikut jln biasa diorg, takde gak..." tercungap2 Dinie. Berlari agaknya.
Tak senang duduk dibuatnya..ambik kunci kete..
"Dinie!! tunggu umah..mana tau diorg balik.."
Mencari aku sampai skolah Amier..skolah Haikal..HAH!! takde pun diorg!!
Berderau darah aku..
Dinie call..."ibu..diorg dah bailk ni..." Amier cari Haikal tak jumpa..dia cari merata skolah..beg dia jer ada..rupanya dia main kat padang depan skolah tu ngan kwan dia.."
"ooohh...ok.." syukur alhamdulillah...

Sampai jer rumah, Haikal dah ready nak mengadap aku sbb dia tau dia dah buat salah..
Kesian plak aku tengok...tp aku still maintain garang aku..sambil aku tanya dia samada dia nak balik bersama abangnya atau nak balik sorang..dia jwb nak tunggu abang.. "ok...kalau macam tu, kena tunggu abang atau kakak dtg ambil Haikal kat tempat biasa tau..!! dan lain kali jgn buat macam ni lagi yea.." Haikal mengangguk..
Huh!!...lega..

Itulah dia...anak2 telah diberikan tanggungjawab masing2..
Kakak atau abg takkan balik ke rumah selagi tak bawa adiknya bersama..
Adik pulak mesti tunggu kakak atau abg yg dtg menjemputnya dr skolah..bukan balik dgn orang lain...