Tuesday, November 30, 2010

Klinik

Hari ni aku mc..
Tapi apa yg aku nak cerita ni pasal semalam diklinik..
Bila dah register dan dpt nombor, dah dpt duduk aku tengok jam 8.32pm.
Lepas hantar Amier dan Haikal ke kelas Kumon aku ke klinik sbb tak tak larat hidung aku ni asyiklah hujan tak berenti ditambah pulak dgn sakit kepala yg amat sgt.
Ok..bila dah dpt duduk tu aku tengok no giliran yg tertera di pintu bilik doktor tu bermakna aku adalah patient yg ke 10.Aku dapati hanya ada satu doktor yang bertugas ketika tu. Satu patient mengambil masa sekurang2nya 10 min berada dlm bilik doktor.

Tetiba Amier call.."ibu kat ne, dah abis nih.."
Aku tengok jam..Laaa..dah pukul 9.17pm..
"Amier tunggu sampai ibu dtg yea"
Ada 5 org patient lg untuk dirawat..
Adoiyai..kepala dah lah sakit, lamalah pulak nk tunggu..
Sementara tu, semakin ramai pulak yg dtg utk mendapatkn rawatan di klinik ni..
Ada sorang aci ni dtg sambil memegang kepalanya dgn sehelai kain..lepas dia register, dia dibawa oleh sorang lelaki ke sebuah bilik terletak dibahagian belakang..tak lama tu dia keluar plak kepalanya dah pun berbalut..

Lepas tu dtg pulak sorang budak lelaki ni bersama parents dia..budak ni baru bersunat kot..maklumlah sedang cuti sekolah ni..mesti nak buat dressing atau nak buang clamp kot..

Ehh!! dah sampai no giliran aku..huh!! pukul 10pm baru dpt masuk?? Nak buat camner..
Bla..bla bla..ngan doktor.."ok saya bagi cuti esok..!!"
Takdelah suka sgt sebenarnya..aku byk keje nak buat lagipun dah end month ni..aku cakap kat doktor kalau aku larat esok aku pegi keje..

Tak lama aku keluar nak menunggu ubat plak, budak sunat tu pun kluar ngan mak dia..Alaahhh...terkengkang2 dia berjalan..ciannya dia..

Aikk! tunggu ubat pun lama gak..dah pukul 10.15pm nih..Amier dah brapa kali call dah.. "Ini ubat puan..bla..bla..bla..ini MC.." "Eh..salah date ni..MC untuk esok 30hb, bukan 29hb.." .." Errhmmmm...nnti saya check.." Dia masuk jumpa doktor...amend date tu.
Akhirnya aku keluar klinik kira2 jam 10.25pm..

Wednesday, November 10, 2010

Dia dari Australia...


Satu hari Haikal balik bawa buku berwarna biru...
Bila aku baca tulisan itu...memukul dan bergaduh..
"Cikgu suruh ibu sign.."
Aku tunjuk kat hubby..dia ketawa...huhuhu..bagos..bagos.."berdarah ke budak tu..!!??"
Kakaknya plak terperanjat.."hahh!! Haikal pukul orang.??"
"Haikal tak pukul orglah bu...dia yg selalu kena pukul adalah..."
"Haikal tak pukul...tangan Haikal lembut jer..Iqbal yg buat..."

Rupanya semasa berbaris didlm barisan pada waktu pagi tu tangannya ambil oleh Iqbal utk memukul seorang budak yg berdiri di hadapannya..jadi budak tu plak buat complen kat parents dia..
Parents dia dtg ke sekolah and complen plak kat cikgu. Haikal & Iqbal ni telah didakwa memukul anaknya..sewaktu ditanya cikgu sekolah Haikal telah mengaku di depan parents budak ni bahawa dia yg memukul...Mereka mau Haikal didenda dan direkodkan kesalahannya...(serius kes nih..)

Tak fahamlah kenapa diaorg boleh buat mcm ni...aku bukan apa..kalau aku nak panjangkan hal ni mmg boleh...aku nak suruh cikgu dan parents tu minta maaf secara terbuka dgn anak aku...Actually aku masih boleh gelak lagi bila aku bagitau kat cikgu dia yg anak aku tak salah...cikgu tu plak bleh tanya kat Haikal apasal masa cikgu tanya awak mengaku pulak...Halo..Just imagine budak kecik darjah satu, ko tanya depan parents tu of course dia terpaksa mengaku sbb takut kan..??? Apasal ko tak panggil aku skali masa tuh..?? Di manakah keadilan...!!??

Ooo..sbb diaorg baru transfer from Australia yea..so keballah..tak boleh sentuh skitlah...anak dia tak biasalah...@#$%^###@@@....sengal..!!

Jgn harap anak aku sambung skolah tu next year..!!huh..!!

Tuesday, November 9, 2010

30 Perkara Perempuan Malas Bagitau Lelaki..

Cilok kat fb...

Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.



2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.



3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).



4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.



5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!



6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.



7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.



8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.



9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.



10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.



11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.



12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.



13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.



14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.



15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.



16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.



17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!



18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.



19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.



20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.



21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!



22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.



23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.



24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.



25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.



26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..



27. Senjata wanita adalah airmata!!



28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.



29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...



30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu . :-)

Monday, November 8, 2010

Sabtu lepas ada jamuan meraikan harijadi yg ke 17 tahun..Mohd. Ashaari.
17 tahun ibunya berusaha untuk mendapatkan identitinya sebagai warganegara.
Adiknya dah pun memiliki kad pengenalan, tapi Mamat tidak..
Atas usaha yg tak pernah putus, akhirnya ibunya berjaya mendapatkan surat beranak Mamat dan kami semua raikannya beramai2..
Bergenang airmata Kak Salina bila Mamat menggengam dan bersalaman dgn pakciknya mohon mendoakan kesejahteraan diri dan keluarganya..
Akhirnya segala usaha dan doa Kak Salina telah tertunai...


Meriah...




Birthday boy..merenung masa depan yg masih jauh


Ibu Pikah pun birthday jugak...