Saturday, July 23, 2011

Cerita minggu ini....

Ada 2 cerita minggu ni..kedua2nya pasal jalan raya..

Pertama kali dlm sejarah hidup aku dan sejarah aku memandu kereta..
Aku kena saman speed trap..ahahhahaha..klako..
Kena saman kat jalan yg hari2 aku lalu cuma masanya sj yg lain...
Surat saman pos berdaftar sampai ke rumah tp kena collect kat pos office sbb takde org nak receive masa dia sampai. So hubby yg g collect. Trus dia call aku kat office bila dia buka surat tu..aku ketawa je...hubby kata masa aku kena tu jam 11.30 pagi. Pada hari tu aku masuk office lambat sbb kena pegi ambil Haikal dr sekolah coz kakak ngan abang dia ada sports di stadium. Hari tu juga hubby g bayar RM150...tq ye..

Cerita kedua ni, kisah aku lompat katil. Semalam hari Jumaat aku terlambat bangun daaa..apalagi lompat katillah..Jam 7 pagi kuar dr rumah. Aku estimate kena sampai office by 7.45am. Alhamdulillah, kebetulan plak traffic light sumenya hijau time aku lalu tu..apalagi tekan jerlah.. tanpa aku sedar rupanya ada org tak puas hati ngan aku. Aku terperasan masa nak sampai di tol SKVE.
Bila aku nak lalu smart tag lane kete mercedes lama tu pecut depan aku..pastu dia ke lane tunai. Lepas je tol, biasalah kita mesti pecut jelah, lagipun dah lambat ni. Sekali lg mercedes tu yg pemandunya ialah sorang pakcik,potong aku sambil mengeluarkan tangan seperti menyuruh aku ketepi dan dia trus memecut laju. Aku tengok meter aku 140km/j..laju lg pakcik tu..apsal dia marah kat aku ha?? Atau pasal aku bw kete giant aku tu ke? Sampai kat tol Saujana Putra aku tengok pakcik tu sedang menunggu giliran membayar tolnya..dlm hati aku nak je aku buat jahat..hon2 kat pakcik tu!! hishh!! taknaklah..tp dlm hati tu berkata gak...bye2 pakcik..see u...I jalan dulu.. Tepat jam 7.35am aku sampai off...fuh!!

Tuesday, July 12, 2011

Abah dah takde, mak dah takde

"Yeb tak takde sesapa lg dah...
Abah dah takde..mak dah takde.."
Uwan dah pergi meninggalkan Pak Yeb seorang..
Pak Yeb baru saja kehilangan ibu tercinta.
Uwan terlantar di hospital Kajang selama 5 hari kerana diserang strok sejak Khamis lalu. Akhirnya Uwan meninggal dunia pada hari Isnin 11 July 2011.
Siang tadi selesai pengebumian Uwan. Semuanya Pak Yeb yg uruskan dgn bantuan saudara mara terdekat. Aku tengok Pak Yeb menunaikan khidmat kasih dan sayangnya buat kali terakhir utk ibu tercinta.. daripada memandikan hingga mengkafankan ibunya.
Paling sebak ketika selesai kafan dan masa utk sanak saudara utk melihat utk kali terakhir yg memulakannya ialah Pak Yeb..dia bercakap2 dgn ibunya sambil mencium2 ibunya..suasana agak bising dek kerana masing2 sebak melihat Pak Yeb bersama ibunya tp kalau tak silap yg aku dpt dengar ialah..."Mak..mak..yeb ni mak...selamat jalan mak..". Dan disusuli sanak saudara yg lain. Dan ketika bahagian muka hendak ditutup sekali lagi Pak Yeb mencium ibunya..berkali2..
Tinggallah Pak Yeb seorang diri tanpa abah dan mak..dalam usia yg muda..tp dia masih ada kami saudara terdekatnya. Semoga Pak Yeb tabah menghadapi dugaan dan kehidupan yg mencabar ni.