Tuesday, July 12, 2011

Abah dah takde, mak dah takde

"Yeb tak takde sesapa lg dah...
Abah dah takde..mak dah takde.."
Uwan dah pergi meninggalkan Pak Yeb seorang..
Pak Yeb baru saja kehilangan ibu tercinta.
Uwan terlantar di hospital Kajang selama 5 hari kerana diserang strok sejak Khamis lalu. Akhirnya Uwan meninggal dunia pada hari Isnin 11 July 2011.
Siang tadi selesai pengebumian Uwan. Semuanya Pak Yeb yg uruskan dgn bantuan saudara mara terdekat. Aku tengok Pak Yeb menunaikan khidmat kasih dan sayangnya buat kali terakhir utk ibu tercinta.. daripada memandikan hingga mengkafankan ibunya.
Paling sebak ketika selesai kafan dan masa utk sanak saudara utk melihat utk kali terakhir yg memulakannya ialah Pak Yeb..dia bercakap2 dgn ibunya sambil mencium2 ibunya..suasana agak bising dek kerana masing2 sebak melihat Pak Yeb bersama ibunya tp kalau tak silap yg aku dpt dengar ialah..."Mak..mak..yeb ni mak...selamat jalan mak..". Dan disusuli sanak saudara yg lain. Dan ketika bahagian muka hendak ditutup sekali lagi Pak Yeb mencium ibunya..berkali2..
Tinggallah Pak Yeb seorang diri tanpa abah dan mak..dalam usia yg muda..tp dia masih ada kami saudara terdekatnya. Semoga Pak Yeb tabah menghadapi dugaan dan kehidupan yg mencabar ni.

No comments: