Tuesday, December 21, 2010

Hari itu dlm sejarah

Sepanjang aku bekerja selama hampir 17thn ni..boleh di kira brapa kali aku lambat..
Tapi hari Isnin lepas mmg aku lambat..aku tak salahkan jam..tak salahkan alarm hp sbb dah tugas dia utk bangunkan aku tepat pd masanya..tapi aku yg gatal tgn off alarm tu..jwbnya..lambat..6.59am..huhuhu..lompat katil...capai towel..bushhhhh...mandi...subuh mmg dah lepas dahhh....burung2 pun dah keluar dr sarang..hubby takde outstation..itu antara salah satu sbb apasal bangun lambat tuu...
7.15 am aku kuar rumah...adoyai..kete dah byk...hhmmm..lepas jer highway..tanpa sedar aku tengok meter 140km..hehehehe.....sampai kilang 08:03am..punch card..!!!

Friday, December 10, 2010

Jalan2 kena saman

Tak taulah kalau penah terjadi kat sape2..macam aku ni pegi holiday yg tak dirancang.
Actually mmg planning nak g umah abg ipar kat Nenasi, Rompin. Tidur umah dia satu mlm and then cari hotel holiday for budak2 cuti sekolah ni...ok...
mana tau boleh plak g merayau ke tempat lain. Selepas check out from Lanjut Resort pagi tu, kami menuju ke bandar mersing. Singgah lunch jer sambil cuci2 mata melihat bandar mersing yg comel. Half way drive keluar dari bandar mersing nak menuju ke Jb..ehh!! apa yg melekat kat cermin depan tu bu..?? Ek..elehh..kena saman parking RM30..maka berpatahlah balik ke bandar mersing sbb nk bayar saman tu...sambil2 tu kami cari gak mana nak beli kupon parking ekk..?? tak jumpa pun!! Takpelah, kita g bayar kat MDM jerlah..disbbkan kena saman maka satu photo mersing pun kami tak snap...hahahha..apalagi..teruskan perjalanan ke JB atas permintaan anak2. Sempat singgah di SETA. Pastu dinner kat Tepian Tebrau then balik....

Tuesday, November 30, 2010

Klinik

Hari ni aku mc..
Tapi apa yg aku nak cerita ni pasal semalam diklinik..
Bila dah register dan dpt nombor, dah dpt duduk aku tengok jam 8.32pm.
Lepas hantar Amier dan Haikal ke kelas Kumon aku ke klinik sbb tak tak larat hidung aku ni asyiklah hujan tak berenti ditambah pulak dgn sakit kepala yg amat sgt.
Ok..bila dah dpt duduk tu aku tengok no giliran yg tertera di pintu bilik doktor tu bermakna aku adalah patient yg ke 10.Aku dapati hanya ada satu doktor yang bertugas ketika tu. Satu patient mengambil masa sekurang2nya 10 min berada dlm bilik doktor.

Tetiba Amier call.."ibu kat ne, dah abis nih.."
Aku tengok jam..Laaa..dah pukul 9.17pm..
"Amier tunggu sampai ibu dtg yea"
Ada 5 org patient lg untuk dirawat..
Adoiyai..kepala dah lah sakit, lamalah pulak nk tunggu..
Sementara tu, semakin ramai pulak yg dtg utk mendapatkn rawatan di klinik ni..
Ada sorang aci ni dtg sambil memegang kepalanya dgn sehelai kain..lepas dia register, dia dibawa oleh sorang lelaki ke sebuah bilik terletak dibahagian belakang..tak lama tu dia keluar plak kepalanya dah pun berbalut..

Lepas tu dtg pulak sorang budak lelaki ni bersama parents dia..budak ni baru bersunat kot..maklumlah sedang cuti sekolah ni..mesti nak buat dressing atau nak buang clamp kot..

Ehh!! dah sampai no giliran aku..huh!! pukul 10pm baru dpt masuk?? Nak buat camner..
Bla..bla bla..ngan doktor.."ok saya bagi cuti esok..!!"
Takdelah suka sgt sebenarnya..aku byk keje nak buat lagipun dah end month ni..aku cakap kat doktor kalau aku larat esok aku pegi keje..

Tak lama aku keluar nak menunggu ubat plak, budak sunat tu pun kluar ngan mak dia..Alaahhh...terkengkang2 dia berjalan..ciannya dia..

Aikk! tunggu ubat pun lama gak..dah pukul 10.15pm nih..Amier dah brapa kali call dah.. "Ini ubat puan..bla..bla..bla..ini MC.." "Eh..salah date ni..MC untuk esok 30hb, bukan 29hb.." .." Errhmmmm...nnti saya check.." Dia masuk jumpa doktor...amend date tu.
Akhirnya aku keluar klinik kira2 jam 10.25pm..

Wednesday, November 10, 2010

Dia dari Australia...


Satu hari Haikal balik bawa buku berwarna biru...
Bila aku baca tulisan itu...memukul dan bergaduh..
"Cikgu suruh ibu sign.."
Aku tunjuk kat hubby..dia ketawa...huhuhu..bagos..bagos.."berdarah ke budak tu..!!??"
Kakaknya plak terperanjat.."hahh!! Haikal pukul orang.??"
"Haikal tak pukul orglah bu...dia yg selalu kena pukul adalah..."
"Haikal tak pukul...tangan Haikal lembut jer..Iqbal yg buat..."

Rupanya semasa berbaris didlm barisan pada waktu pagi tu tangannya ambil oleh Iqbal utk memukul seorang budak yg berdiri di hadapannya..jadi budak tu plak buat complen kat parents dia..
Parents dia dtg ke sekolah and complen plak kat cikgu. Haikal & Iqbal ni telah didakwa memukul anaknya..sewaktu ditanya cikgu sekolah Haikal telah mengaku di depan parents budak ni bahawa dia yg memukul...Mereka mau Haikal didenda dan direkodkan kesalahannya...(serius kes nih..)

Tak fahamlah kenapa diaorg boleh buat mcm ni...aku bukan apa..kalau aku nak panjangkan hal ni mmg boleh...aku nak suruh cikgu dan parents tu minta maaf secara terbuka dgn anak aku...Actually aku masih boleh gelak lagi bila aku bagitau kat cikgu dia yg anak aku tak salah...cikgu tu plak bleh tanya kat Haikal apasal masa cikgu tanya awak mengaku pulak...Halo..Just imagine budak kecik darjah satu, ko tanya depan parents tu of course dia terpaksa mengaku sbb takut kan..??? Apasal ko tak panggil aku skali masa tuh..?? Di manakah keadilan...!!??

Ooo..sbb diaorg baru transfer from Australia yea..so keballah..tak boleh sentuh skitlah...anak dia tak biasalah...@#$%^###@@@....sengal..!!

Jgn harap anak aku sambung skolah tu next year..!!huh..!!

Tuesday, November 9, 2010

30 Perkara Perempuan Malas Bagitau Lelaki..

Cilok kat fb...

Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.



2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.



3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).



4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.



5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!



6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.



7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.



8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.



9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.



10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.



11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.



12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.



13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.



14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.



15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.



16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.



17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!



18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.



19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.



20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.



21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!



22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.



23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.



24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.



25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.



26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..



27. Senjata wanita adalah airmata!!



28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.



29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...



30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu . :-)

Monday, November 8, 2010

Sabtu lepas ada jamuan meraikan harijadi yg ke 17 tahun..Mohd. Ashaari.
17 tahun ibunya berusaha untuk mendapatkan identitinya sebagai warganegara.
Adiknya dah pun memiliki kad pengenalan, tapi Mamat tidak..
Atas usaha yg tak pernah putus, akhirnya ibunya berjaya mendapatkan surat beranak Mamat dan kami semua raikannya beramai2..
Bergenang airmata Kak Salina bila Mamat menggengam dan bersalaman dgn pakciknya mohon mendoakan kesejahteraan diri dan keluarganya..
Akhirnya segala usaha dan doa Kak Salina telah tertunai...


Meriah...




Birthday boy..merenung masa depan yg masih jauh


Ibu Pikah pun birthday jugak...

Wednesday, October 27, 2010

Pujuk

"Bila nak buat homework tu..???"

"Haikal cam malas jer.."

"Kalau malas mcmana nak cepat pandai..nnti teacher tak bg Haikal excellent lg...nnti teacher tambah kerja dan kena balik lambat..belajar tak boleh malas, org lain dah laju kedepan Haikal masih tertinggal kat belakang.."

"oooo..mcm lumba lari...hari sukan hari tu Haikal lari kuat...ada budak gemuk dia kena tinggal kat belakang, bu..."

"Hah..pandai pun..Haikal ckp td Haikal mcm malaskan..?? Haa..jadi mcm budak gemuk tulah...belajar ni mcm lumba lari jugak..siapa cepat, laju dia....???

"Menang.."

"Siapa lambat..??

"Kalahlah.."

"Haa..taupun..dah tu bila boleh buat homework tu...??"

"Esoklah..."

?????????

Monday, October 25, 2010

Tertidur punya pasal


Alkisah....
Ini Hot FM punya topik pagi tadi. Tetiba aku teringatlah kisah aku tertidur.
Aku tertidur seketika di traffic light..!!! Al maklumlah dari Shah Alam ke Bangi...
Tak taulah berapa second aku terlelap ...tau2 rasa kereta macam bergoyang..
Dlam keadaan mamai2 tu aku tengok org kat depan tu dah keluar nengok bumper blakang dia. Aku plak tgh risau sbb aku bawa anak aku yg bongsu tu..ok dia tak apa2..anak aku siap sound aku.."ibu langgar ke"?

Ya ALLAH..habislah kemek kereta org ni aku kerjakan...risaunya aku sambil aku melangkah kluar dr kereta tersengih2 minta maaf kat pakcik tu.."Huh..!! tido ke..??"dia sound aku sambil menonggeng2 mcm mencari sesuatu..

Aiik...!!! byknya calar kat keta pakcik tuu....calar balar...calar yg aku langgar yg mana satu eerkk??? Pakcik tu garu kepala tak gatal dia...habis calar balar tu diusiknya..tak nampak pulak calar baru pun...sume calar dah lama, yg dah sedia ada sblm aku langgar dia..Hhhmm...jadi case close..dia tak dpt nak charge aku...hehehe..ini kes kissing jerlah tuu..

Itu aku..tp ada sahabat tertidur mcm aku gak kat traffic light..keta auto..bila berhenti gear tak diletakkan ke "P" atau "N" dan tak pull handbrake. Bila dia terlelap dlm beberapa second keretanya tlh melanggar bas didepan..Maka keretanya yg rosak teruk..Moral of the story...Dah jadi baru nak serik..huahahha...

Sunday, October 24, 2010

Dulu Sekarang


Anak2 dulu dan anak2 sekarang mmg jauh berbeza.
Dulu kalau tak silap, aku tak pernah menyertai lawatan rombongan sekolah..jauh ataupun dekat..kalau nak ke mana2 pun mesti bersama family..
Tawaran untk melanjutkan pelajaran pun aku tolak..vokasional, Uitm, Space..hhmm adalagi ker?? Kenapa???..Mak & abah tak bagi...Kenapa?? Jauh sgt..nanti tak tau apa jadi..sakit pening..sedara mara takde kat sana..bla..bla..bla..

Bukan apa, anak2 aku sekarang ni beruntung. Kemana diaorg nak pergi,kemana diorang nak belajar, ikut pilihan mrk sendiri...Tapi bukan semuanya permintaan mrk aku dan hubby tunaikan...kami akan berbincang bagi memastikan tempat yg mrk nak pergi,lawati ataupun belajar tu bersesuaian. Maklumlah, tempat2 yg mrk nak pergi tu kami kena tau juga bagaimana persekitarannya, cuaca dan sebagainya..contoh..pernah dulu sekolah anjurkan rombongan ke PD..waktu tu dah masuk musim tengkujuh..jadi aku tak benarkan. Lagi2 pulak kes accident bas rombongan masa tu macam tengah musim. Fobia dibuatnya.

Aku dan hubby pernah lepaskan anak berjauhan. Dinie memilih sendiri utk belajar di salah sebuah sekolah agama di Perak selepas mendapat result UPSRnya. Wan dan atuknya pun asyiklah suruh pilih yg berdekatan..kat Seremban kan ado...apo jauh bona..nak buat mcmana..kami sedaya upaya mengikut pilihan dia walaupun sebenarnya berat hati.
3 bulan pertama, Dinie dah dpt sesuaikan diri tapi masih lg menangis setiap kali kami pulang selepas melawat dia. Lepastu dia dah mula buat mcm2 permintaan...suruh dtg every week, suruh bw dia kluar jalan2 dan dah minta transfer pulak...
Baru dia tau berjauhan dgn family...kat sana kena bangun awal, cuci baju sendiri, gosok baju sendiri, serba serbi sendirian berhad. Makan tidaklah sesedap makan kat rumahkan...

Bila dia dah tau begitu kehidupan di asrama, dia minta juga kat ayahnya utk transfer balik ke sekolah yg berdekatan saja dgn rumah..jalan kaki jer..Alhamdulillah..setelah hanya 6 bulan sj dia bertahan di situ akhirnya berjaya juga Dinie transfer. Lepas tu bila ada cousin yg nak cuba2 apply sekolah berasrama, mama diaorg mesti suruh rujuk dulu kat Dinie..hahaha..tanya org berpengalaman..Lepas tu mesti diaorg tak jadi nak pilih asrama yg jauh..legalah mak bapa diaorg...

Wednesday, October 20, 2010

Tak balik lagi..!!!

Bukan pertama kali jadi macam ni..
Azan maghrib telah pun berkumandang di surau, diaorang tak balik lagi..
Takpe tunggulah kejap lagi..mesti Amier tgh mencari adiknya tuu...
Dah dekat 10 minit..tak de gak..
"Dinie..pegi jap cari diorg..menyinggah kedai kot.."
"Dah cari bu...ikut jln biasa diorg, takde gak..." tercungap2 Dinie. Berlari agaknya.
Tak senang duduk dibuatnya..ambik kunci kete..
"Dinie!! tunggu umah..mana tau diorg balik.."
Mencari aku sampai skolah Amier..skolah Haikal..HAH!! takde pun diorg!!
Berderau darah aku..
Dinie call..."ibu..diorg dah bailk ni..." Amier cari Haikal tak jumpa..dia cari merata skolah..beg dia jer ada..rupanya dia main kat padang depan skolah tu ngan kwan dia.."
"ooohh...ok.." syukur alhamdulillah...

Sampai jer rumah, Haikal dah ready nak mengadap aku sbb dia tau dia dah buat salah..
Kesian plak aku tengok...tp aku still maintain garang aku..sambil aku tanya dia samada dia nak balik bersama abangnya atau nak balik sorang..dia jwb nak tunggu abang.. "ok...kalau macam tu, kena tunggu abang atau kakak dtg ambil Haikal kat tempat biasa tau..!! dan lain kali jgn buat macam ni lagi yea.." Haikal mengangguk..
Huh!!...lega..

Itulah dia...anak2 telah diberikan tanggungjawab masing2..
Kakak atau abg takkan balik ke rumah selagi tak bawa adiknya bersama..
Adik pulak mesti tunggu kakak atau abg yg dtg menjemputnya dr skolah..bukan balik dgn orang lain...

Thursday, September 16, 2010

Syawal 2010

Ziarah menziarahi...





Makan..


Minum...



Jalan-jalan...

Saturday, September 11, 2010

Perginya Tiada Ganti

Syawal kali ini..seperti biasa jika turn di Semenyih, kami akan bersiap di rumah dan terus sana utk solat aidilfitri dan terus ke tanah perkuburan.

Berbeza tahun ini, ada dua tanah perkuburan yg kami ziarah..arwah bapak disemadikan dikampung manakala arwah abg mispa di kajang berhampiran dgn rumah arwah..

Terasa aidilftri kali ini seperti kekurangan..kunjungan kak siah dan family tanpa suami disisi sangat berlainan..terasa syahdu bila dia bersalaman dan berpelukan dgn mak sambil menitiskan airmata..

Itu di Semenyih. Di K.Pilah pula menziarahi ke rumah arwah tok ulong usop tentunya sgtlah berlainan. Abg dan uwan yg melayan kami makan. Kalau dulu arwah selalu melayan kami adik beradik sambil bercerita..sudah tidak kedengaran suara garau ttp lembut dan mesra..Arwah pasti tau jika ada yg kurang dlm rombongan kami ke rumahnya.."mana zila..tak balik ko".."am tak balik ko"..

Yang pergi..ttp pergi..
Hanya satu tiada ganti..

Saturday, September 4, 2010

Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan 1431H

Dah seminggu ramadhan hari ni..
Belum ada kesempatan ke bazar ramadhan..walaupun skrg ni ada kat mana2 jer..
Nak singgah atau tak nak jer...
Tapi aku memikirkan masa...dek kerana mengejar masa jadi aku beli saja di canteen.
Kak Yah tukang masak canteen baru masak jer aku and the geng dah siap2 nak booking lauk favourite..
Jadi bila balik tak ler kelam kabut mencari juadah berbuka...
Weekend hari tu aku masak..ala kadar jer..
2 hari ni hubby ada jemputan di hotel..aku berbukalah ngan anak2..

Ramadhan kali ni aku rasa mcm lain jer...
tak macam tahun2 lepas selalunya sebelum ramadhan sampai aku dah siap2 beli telekung baru. Lepas tu aku tukar satu rumah ngan yg baru..eh!eh!..bukan beli baru yea..tukar kepada yg lain jer..tahun ni satu pun aku tak buat..kenape ehh!!??

Sunday, August 8, 2010

45 Tahun




45 tahun...bagi aku satu masa yg sgt lama..
Abah & mak menyambut Ulangtahun perkahwinan yg ke 45thn pada hari ini..8/8/2010.

Suatu ikatan suci yg abadi yg semestinya kekal hingga ke akhir hayat..

Abah & mak mempunyai minat yg sama. Shopping, carpet, perabut, pinggan mangkuk..hish!!..byk koleksi diorg ni..
Masih aku ingat lg waktu kami tinggal di JB, Singapuralah tempat kami bershopping.
Abah & mak mmg sgt suka shopping sampailah skrg ni..

Kalau mrk dtg menziarah kami di sini pun mesti singgah bershopping samada semasa dtg ataupun semasa pulang semula ke kampung. Kadang tu aku pun tak tau yg shopping complex berhampiran dgn rumah sedang mengadakan "sale".

Abah mmg suka makan..sbb mak pandai masak..dan tukang kritik masakan mak pun abah jugak..

Sekarang ni abah dah pencen,mak pulak yg bekerja..bila mak bekerja abah kenalah jadi driver mak..kalau tidak sape nak hantar baulu, kuih bakar, kuih bangkit tu sume kepada pelanggan..

Tapi sekarang ni pun mrk berdua tidaklah selalu sihat sgt..terutama abah..selalu sakit2..sakit kaki, sakit lutut, sakit belakang...

Bila diaorng dah mencecah usia emas ni, anak2 pulak jd tempat mengadu bila diorg berkrisis..perang dingin tu adalah sikit...tapi sgt jarang berlaku. Mak cukup faham sikap abah..begitu juga abah terhadap mak..kadang2 tu abah kata "omak kau mmg camtu"..mak plak.."hhmmm..abah kau lah tu"..

Kadang kala tu ada juga mrk berjauhan keluar dari N9..samada mak atau abah dihantar Jabatan Pertanian utk berkursus. Maklumlah mrk ni masih aktif.

Belum cukup lagi khidmat aku pada mereka berdua..aku teringin utk melihat mrk berehat2 dirumah menunggu anak cucu pulang ke kampung.

Aku membayangkan di mana aku..adakah aku bisa sampai ke hari itu..

Atau sempatkah aku utk sampai ke angka itu..

Friday, August 6, 2010

Pengemis


Assalam....
Lama gak aku cuti..bukan apa byk commitmentlah..macam2 nak dibuat..

Senja tadi semasa aku otw utk pulang kerumah utk sekian kali aku terjumpa pengemis ini yg entah dari mana..
apa yg dapat aku rumuskan setelah terserempak beberapa kali, dia ni akan berjalan2 di sekitar flyover Glenmarie sebelum traffic light..so apabila kenderaan berhenti di lampu merah dia akan datang ke cermin kereta utk mengemis.

Apa yg aku geram dia ni nak mengemis tengok orang jugak..kalau tak silap aku, ketika aku ada membawa passenger disebelah dia takkan dtg tapi bila aku seorang dia datang menghampiri cermin dan buat muka kesian dia tu!!...aku perhatikan perempuan di hadapan selang satu kereta, berseorangan, telah pun manjadi mangsanya..ntah kenapa aku dpt rasakan selepas ni dia akan ke cermin kereta aku..hhmmm..mmg betul..dgn muka kesian, leher dia berbalut aku pun bagilah rm2..aku tak faham plak apa dia cakap..

Tapi itu minggu lepas, hari ni aku jumpa dia lagi..dari jauh aku dah nampak dia sedang berjalan di atas flyover sambil menghampiri beberapa buah kereta...ok..aku pun pasang strategi.. mmg dia nampak aku sorang dia dtg dekat cermin kereta, aku halakan camera phone and snap!! dia terkejut dan terus hilang dicelah2 kereta dibelakang aku....

Sunday, July 25, 2010

Teruskanlah








Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap
Sama sekali
Pernahkan kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri
Kesempatan
(*)
Kuhidup dengan siapa
Ku tak tau kau siapa
Kau kekasihku tapi
Orang lain bagiku
Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau begitu
Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta bukan
Kebutuhan mu
(Ulang *)
Hoo.. Hooo
Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau.. kau begitu
Teruskan lah… teruskan lah..

Saturday, July 24, 2010

Belajar Romantis

Terbayang betapa suramnya hidup memiliki belahan jiwa yang seakan tidak mahu mengambil tahu keadaan kita. Perhatian tiada, kasih sayang tinggal kenangan semata. Hidup di dalam satu rumah tapi jiwa dan fikiran menjauh dan semakin terpisah.

Fahamkan suami, fahamkan isteri bahawa hidup berdua dalam rumahtangga harus penuh rasa cinta. Ada sayang yg dikongsi, ada kasih yg diberi dan ada cinta yang harus disemai indah....

Tuesday, July 20, 2010

Sekolah

Dulu masa tinggal kat JB aku bersekolah di SETA, rumah di tmn perling. Bangun pagi buat sarapan sendiri. Jalan kaki utk ke jalan besar nak tunggu bas..jalan sorang2 pagi2 subuh gelap tu. Sekolah jauh kat bandar..dekat Pantai Lido..pasal tu kena awal nak kejar bas. Kalau terlepas trip tu alamat kena tunggu siang baru next trip tu sampai.

Sekolah SETA atas bukit. Bas berhenti kat tepi jalan pantai lido tu.. dah tu kena jalan kaki + mendaki bukit lebih kurang 1km jugaklah...sbb tu ramai budak sekolah tu yg punggungnya tonggek skit kot sbb hari2 mendaki bukit...aku tak tonggek..hehehe.

Sebelum sampai sekolah SETA, ada plak sekolah EC..English College for boys..eh..lupa plak nak inform SETA is for girls only. Masa tu mmg SETA antara sekolah yg popular selain sekolah SIGS yg also girls school..not only popular in academics tp sports and scandals too..maklumlah girls.

Itu masa nak pergi sekolah..bila balik plak bayangkanlah panas terik tengahari kena jalan kaki turun bukit jalan yg samalah..nak tunggu plak bas kat tepi pantai lido tu.
Huh..masa nilah girls and boys meet..hahaha..

Aku lepas sekolah ada port sendiri..kat bandar..apa pulak nama kompleks tu..kotaraya kot..masa tu aktif ngan GPMS konon..so lepak ngan Liny, Niza, Fiza, Sue, and boys from sekolah sultan ismail..onn, sharul..yg lain tu lupalah nama..lepak tak lama dlm sejam dua jer lepas tu baliklah rumah.

Cerita pasal sekolah ni mmg tak habis..lebih2 lagi dah lama terpisah lost contact since SPM. Facebook menemukan kembali kengkawan lama..hhhmmm..rindunyer..

Sunday, July 18, 2010

Lantikkan sessi 2010~2011







Self reward

Rasanya seumur hidup belum pernah lagi..

Beli something special utk diri sendiri...

Takkan nak tunggu org belikan...

Macam reward but utk diri sendiri...

Selama bertahun2 aku bekerja belum lg rasanya aku merasa mahalnya hasil titik peluh aku sendiri..

Dah dapat...

Susah jugak tu...mana taknya..selama ni aku selalu berkira2, berjimat2, berangan2..

Akhirnya...alhamdulillah...hasil titik peluh sendiri utk diri sendiri...

Friday, July 16, 2010

Hilang yg tiada gantinya

Minggu lepas saja 2 org sahabat telah kehilangan orang yg mrk sayang..En. Manaf kehilangan anak lelakinya kerana terlibat dgn kemalangan..hit & run..Khabarnya arwah ditemui oleh kakaknya sendiri terbaring di tepi jalan tanapa ada yg membantu..

Selang 2 hari selepas itu, En. Badaruddin @ abg anjang..driver kpd MD pula dikejutkan dgn kehilangan isteri tercintanya..hanya kerana seekor nyamuk..tak sampai 24jam arwah dimasukkan ke ICU dan disahkan mengidap denggi berdarah,beliau telah pergi menghadap Ilahi..Abg. Anjang masih terkejut namun pasrah..reda..
Dikesempatan menziarahi jenazah, aku sempat bertemu sahabat2 lama yg dah lama tak berjumpa..tak tau lg bila dan dimana kita akan bertemu lagi..

Innalillahiwainnaillaihirajiun...

Tuesday, June 8, 2010

Belasungkawa Hj. Mispa b. Tinnin

Siapa sangka hari kita berjumpa esok lusa dia akan meninggalkan kita..
Dia bersama2 ketika rombongan meminang ke Kelantan tempohari..mana tau ketika Along bersanding dia telah pun pergi buat selamanya..

Pada minggu lepas,Kak Siah dan anak2 tetap pergi ke Pahang utk meraikan majlis perkahwinan Along walau dlm hatinya hanya tuhan saja yg tau betapa beratnya hati dia nak melangkah keluar utk ke destinasi.

Seminggu sblm ke Pahang, aku call kak Siah ..Jawapan kak Siah...akak pergi tapi akak tak ikut K.Pilah..tak sanggup akak nak lalu jln tu..Walaupun penjelasan diberi dlm gelak tawa jauh disudut hati aku sgt2 mengerti perasaan kak Siah..Abg Mispa kemalangan di k.Pilah dan kak Siah lah yg menyusul sebaik sj terima call dr. seseorg yg baik hati sudi menolong arwah ketika itu.

Kak Siah masih senang bercerita ttg arwah..cerita dia menangis di pejabat bersama kwn2nya krn melihat dia termenung di mejanya..
cerita derau darahnya ketika ternampak kelibat teksi masuk ke halaman rumah yg disangkakan suaminya pulang dr kerja..cerita dia tergesa2 nak balik ke rumah nak siapkan makan malam tapi tiba2 baru tersedar nak siapkan utk siapa..?? dia dah tak ada dah...dan aku hanya mampu menjadi pendengar.

Alfatihah........

Friday, March 26, 2010

Temasya Sukan SKBBB @ 26 Mar 2010



Ini acara anak2 pra-sekolah...



Senam berirama


Haikal dpt tempat ketiga...acara mari menabung....sedey jer.
Sepatutnya group dia ditempat pertama..tapi nak buat camner..kesilapan cikgu..
Video aku membuktikan segala2nyer...

Monday, March 22, 2010

Friday, February 12, 2010

Konvoi ke Machang utk majlis pertunangan Along anak saudara hubby.



Memandangkan perjalanan yg jauh, kak Jah dah siapkan juadah untuk kami semua.

Merisik dan menetapkan tarikh nikah.

Cincin tanyo & cincin tunney.





Kak Jah menyarunkan cincin pada bakal menantunya.




Along Khairul anak teruna kesayangan Kak Jah & Abg Azam.
Insyaallah lagi sekali kami akan konvoi ke Machang bulan May nanti..
Aduss..jauh tuuhh.....

Saturday, January 2, 2010

Taklimat dan pendaftaran darjah satu




Tahun ini sekolah agak lebih terurus dan bersistematik dalam pendaftaran kemasukan murid tahun satu..Bagi aku selang 6 tahun baru ada anak nak masuk ke darjah satu ni mmg bagus sekali sistem yg digunakan.

Satu hari dikumpulkan kesemua murid dan ibubapa, diberi taklimat, bayar yuran dan terus ambil buku SPBT. Selesai. Bila sessi persekolahan yg sebenar bermula, guru tak terganggu dgn ibubapa yg baru nak bayar itu, nak beli ini.. Semua disiapkan dalam satu hari..


Minggu pertama murid akan belajar mengenai sekolah..terutamanya tempat2 yg penting seperti kantin dan toilet, library dan sbgnya. Minggu kedua pula murid akan diuji melalui satu ujian bagi mengetahui tahap pengetahuan dan kebolehan seseorg murid itu.
Maka melalui ujian tersebut, mungkin murid2 akan bertukar kelas mengikut tahap/kategori masing2.


Yg tu pasal sekolah..ini plak pasal anak aku...hari ni yg tak sampai setengah hari di sekolah baju putih, seluar dan kasut dah dikotorkan dgn tanah merah..mana taknye kelas dia bersebelahan dgn kolam perhiasan sekolah...wahhh...!!enjoy dia main ngan turtle belaan sekolah...aku takut turtle tu nanti kena dera jer..!!