Sunday, August 8, 2010

45 Tahun




45 tahun...bagi aku satu masa yg sgt lama..
Abah & mak menyambut Ulangtahun perkahwinan yg ke 45thn pada hari ini..8/8/2010.

Suatu ikatan suci yg abadi yg semestinya kekal hingga ke akhir hayat..

Abah & mak mempunyai minat yg sama. Shopping, carpet, perabut, pinggan mangkuk..hish!!..byk koleksi diorg ni..
Masih aku ingat lg waktu kami tinggal di JB, Singapuralah tempat kami bershopping.
Abah & mak mmg sgt suka shopping sampailah skrg ni..

Kalau mrk dtg menziarah kami di sini pun mesti singgah bershopping samada semasa dtg ataupun semasa pulang semula ke kampung. Kadang tu aku pun tak tau yg shopping complex berhampiran dgn rumah sedang mengadakan "sale".

Abah mmg suka makan..sbb mak pandai masak..dan tukang kritik masakan mak pun abah jugak..

Sekarang ni abah dah pencen,mak pulak yg bekerja..bila mak bekerja abah kenalah jadi driver mak..kalau tidak sape nak hantar baulu, kuih bakar, kuih bangkit tu sume kepada pelanggan..

Tapi sekarang ni pun mrk berdua tidaklah selalu sihat sgt..terutama abah..selalu sakit2..sakit kaki, sakit lutut, sakit belakang...

Bila diaorng dah mencecah usia emas ni, anak2 pulak jd tempat mengadu bila diorg berkrisis..perang dingin tu adalah sikit...tapi sgt jarang berlaku. Mak cukup faham sikap abah..begitu juga abah terhadap mak..kadang2 tu abah kata "omak kau mmg camtu"..mak plak.."hhmmm..abah kau lah tu"..

Kadang kala tu ada juga mrk berjauhan keluar dari N9..samada mak atau abah dihantar Jabatan Pertanian utk berkursus. Maklumlah mrk ni masih aktif.

Belum cukup lagi khidmat aku pada mereka berdua..aku teringin utk melihat mrk berehat2 dirumah menunggu anak cucu pulang ke kampung.

Aku membayangkan di mana aku..adakah aku bisa sampai ke hari itu..

Atau sempatkah aku utk sampai ke angka itu..

No comments: