Friday, August 6, 2010

Pengemis


Assalam....
Lama gak aku cuti..bukan apa byk commitmentlah..macam2 nak dibuat..

Senja tadi semasa aku otw utk pulang kerumah utk sekian kali aku terjumpa pengemis ini yg entah dari mana..
apa yg dapat aku rumuskan setelah terserempak beberapa kali, dia ni akan berjalan2 di sekitar flyover Glenmarie sebelum traffic light..so apabila kenderaan berhenti di lampu merah dia akan datang ke cermin kereta utk mengemis.

Apa yg aku geram dia ni nak mengemis tengok orang jugak..kalau tak silap aku, ketika aku ada membawa passenger disebelah dia takkan dtg tapi bila aku seorang dia datang menghampiri cermin dan buat muka kesian dia tu!!...aku perhatikan perempuan di hadapan selang satu kereta, berseorangan, telah pun manjadi mangsanya..ntah kenapa aku dpt rasakan selepas ni dia akan ke cermin kereta aku..hhmmm..mmg betul..dgn muka kesian, leher dia berbalut aku pun bagilah rm2..aku tak faham plak apa dia cakap..

Tapi itu minggu lepas, hari ni aku jumpa dia lagi..dari jauh aku dah nampak dia sedang berjalan di atas flyover sambil menghampiri beberapa buah kereta...ok..aku pun pasang strategi.. mmg dia nampak aku sorang dia dtg dekat cermin kereta, aku halakan camera phone and snap!! dia terkejut dan terus hilang dicelah2 kereta dibelakang aku....

No comments: