Thursday, November 10, 2011

Sebutir Kasih Sejuta Sayang: ~Setulus hati ku mencintai mu~

Sebutir Kasih Sejuta Sayang: ~Setulus hati ku mencintai mu~: Jika aku memandang langit mengharapkan bayangan wajahmu terurai dalam goresan sendu kerana disini aku begitu merindumu. Diantara senand...

Tuesday, August 9, 2011

9 Ramadan

Dah Ramadan ke 9.
Setakat hari ni Haikal belum lg ponteng puasa dan ponteng terawih.
Agak memeranjatkan bila Haikal yg langsung tak pernah cuba2 berpuasa, puasa yang yok ker, 1/2 hari ker..terus mula berpuasa pada tahun ni.
Alhamdullillah... malah lg semangat dia berpuasa walaupun susah sket bila nak bangun sahur.

Saturday, July 23, 2011

Cerita minggu ini....

Ada 2 cerita minggu ni..kedua2nya pasal jalan raya..

Pertama kali dlm sejarah hidup aku dan sejarah aku memandu kereta..
Aku kena saman speed trap..ahahhahaha..klako..
Kena saman kat jalan yg hari2 aku lalu cuma masanya sj yg lain...
Surat saman pos berdaftar sampai ke rumah tp kena collect kat pos office sbb takde org nak receive masa dia sampai. So hubby yg g collect. Trus dia call aku kat office bila dia buka surat tu..aku ketawa je...hubby kata masa aku kena tu jam 11.30 pagi. Pada hari tu aku masuk office lambat sbb kena pegi ambil Haikal dr sekolah coz kakak ngan abang dia ada sports di stadium. Hari tu juga hubby g bayar RM150...tq ye..

Cerita kedua ni, kisah aku lompat katil. Semalam hari Jumaat aku terlambat bangun daaa..apalagi lompat katillah..Jam 7 pagi kuar dr rumah. Aku estimate kena sampai office by 7.45am. Alhamdulillah, kebetulan plak traffic light sumenya hijau time aku lalu tu..apalagi tekan jerlah.. tanpa aku sedar rupanya ada org tak puas hati ngan aku. Aku terperasan masa nak sampai di tol SKVE.
Bila aku nak lalu smart tag lane kete mercedes lama tu pecut depan aku..pastu dia ke lane tunai. Lepas je tol, biasalah kita mesti pecut jelah, lagipun dah lambat ni. Sekali lg mercedes tu yg pemandunya ialah sorang pakcik,potong aku sambil mengeluarkan tangan seperti menyuruh aku ketepi dan dia trus memecut laju. Aku tengok meter aku 140km/j..laju lg pakcik tu..apsal dia marah kat aku ha?? Atau pasal aku bw kete giant aku tu ke? Sampai kat tol Saujana Putra aku tengok pakcik tu sedang menunggu giliran membayar tolnya..dlm hati aku nak je aku buat jahat..hon2 kat pakcik tu!! hishh!! taknaklah..tp dlm hati tu berkata gak...bye2 pakcik..see u...I jalan dulu.. Tepat jam 7.35am aku sampai off...fuh!!

Tuesday, July 12, 2011

Abah dah takde, mak dah takde

"Yeb tak takde sesapa lg dah...
Abah dah takde..mak dah takde.."
Uwan dah pergi meninggalkan Pak Yeb seorang..
Pak Yeb baru saja kehilangan ibu tercinta.
Uwan terlantar di hospital Kajang selama 5 hari kerana diserang strok sejak Khamis lalu. Akhirnya Uwan meninggal dunia pada hari Isnin 11 July 2011.
Siang tadi selesai pengebumian Uwan. Semuanya Pak Yeb yg uruskan dgn bantuan saudara mara terdekat. Aku tengok Pak Yeb menunaikan khidmat kasih dan sayangnya buat kali terakhir utk ibu tercinta.. daripada memandikan hingga mengkafankan ibunya.
Paling sebak ketika selesai kafan dan masa utk sanak saudara utk melihat utk kali terakhir yg memulakannya ialah Pak Yeb..dia bercakap2 dgn ibunya sambil mencium2 ibunya..suasana agak bising dek kerana masing2 sebak melihat Pak Yeb bersama ibunya tp kalau tak silap yg aku dpt dengar ialah..."Mak..mak..yeb ni mak...selamat jalan mak..". Dan disusuli sanak saudara yg lain. Dan ketika bahagian muka hendak ditutup sekali lagi Pak Yeb mencium ibunya..berkali2..
Tinggallah Pak Yeb seorang diri tanpa abah dan mak..dalam usia yg muda..tp dia masih ada kami saudara terdekatnya. Semoga Pak Yeb tabah menghadapi dugaan dan kehidupan yg mencabar ni.

Sunday, June 12, 2011

Warna warni

Bila balik kampung nilah keje kitaorng....





Wednesday, June 1, 2011

Wedding Eman & Baizura

Wedding yg sgt meriah pd 28 & 29/May 2011...
Walaupun terdapat kekurangan segera diperbaiki..biasalah tuu..
Alhamdulillah selesai dan berjalan lancar...
Hanya photo2 yg dpt menceritakan segalanya..








Tuesday, May 17, 2011

Belasungkawa Hjh Siti Hawa bt. Mat Elah



Seorang yg mudah ketawa..
Suka mencubit..sakit tau..!!
Ibu kepada 4 orang cahayamata..
Isteri kepada seorang guru...
Telah pergi meninggalkan seribu kenangan
Tanggal 16hb Mei 2011 sekitar jam 9:20pm
Kami semua akan merindui beliau...
Semoga rohnya ditempatkan kalangan org2 beriman & beramal soleh...

Sunday, May 1, 2011

Maaf Zahir Batin

Al Baqarah : 263

Perkataan yang baik dan pemberian ma’af lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun. (QS. 2:263).


Kata maaf bukan sj waktu hari raya, tapi jika kita membuat kesilapan, tak sengaja terpijak kaki org ke..apasalahnya minta maafkan..??

Kalau org dah minta maaf tu, maafkan jer lah...tak elok dipanjang2kan cerita...

Bukan apa..itulah yg terjadi pada 2 org sahabat aku ni..keduanya adalah sahabat baik..sangat baik..tp semenjak dua menjak ni diorg ada cold war skit..lps tu ok dah..
entah kenapa ada pulak 2 minggu lepas ada plaks issue yg tak patut jd issue terjadi...maklumler pompuan..
Apalagi terus war..huhuhu....cian aku..jadi org tgh...huhuhuh..mmg aku duduk tgh2 kat office tu...huhhuhuuu..
Dua2 kwn aku...dua2 keras hati...dua2 mcm budak2..hehehehe....kita tak nak kawan awak!!...hehehhe..

Nak dijadikan cerita ada sumber2 yg boleh dipercayai telah menyebarkan "asap2 bako sampah" di tempat lain...adoiyai..yg menyebabkan hal kecik ni jd besau...
So nak rentikan gossip liar ni, yg sorang ni tlh beralah dan menghulurkan maaf...
Alhamdullillah....ingat abis ler citer..rupanya ada lagi..!!??
Alkisah, secara tak sengaja satu kejadian telah berlaku dimana salah sorang ni tlh bersangka buruk...oleh sbb tak mau citer ni jd panjang aku dan sahabat2 yg lain hya mendiamkan shj dan tidak memgkabokan pd kwn kami ni..ditakuti tercetus sekali lg war...nampaknya sampai sudahhh...

Saturday, April 30, 2011

Kenduri, Birthday, Umrah

Assalam...
Byk aktiviti bulan April ni..
Selepas sambut birthday abah, sambut birthday hubby & buat kenduri doa selamat untuk hubby menunaikan umrah..






Sunday, April 10, 2011

Birthday Abah

Birthday abah jatuh pada 5hb. April.
Majlis ni kami adakan pada hari Sabtu 2hb. April.
Happy birthday Abah..semoga dikurniakan kesihatan yg baik dan dipermudahkan dlm segala urusan.




Saturday, April 9, 2011

Nasib baik tak terbang..!!

Apa kes..!!!??
hahaha...al kisah..satu hari kami 1 fmly on the way nak g shopping.. smpi satu simpang ni adalah satu motorbike ni yg pandu oleh sorang mamat india..tak pakai helmet..
Dahlah kuar simpang tak berhenti langsung, boleh pulak dia terhoyong hayang kat depan kitaorg..apalgi hubby yg dr td asyik ler terbrek2 naik hangin overtake pulak dia pastu brek plak depan dia..hah!! nasib baik tak terbang..!!

Sampai depan tasik cempaka tu hubby suh dia berhenti..aku tgk hubby mcm nak bertumbuk dah dgn mamat tu..rupanya advise mamat tu suh pakai helmet..aku tgk mamat tu muka slamber dog jew..Tak tau apa conversation between them cause hubby ttup pintu tak bagi anak2 dgr..manalah tau kot tutttttt...kuar plaks kan..
Masuk jer dlm kereta hubby kata mamat tu mabuk rupanya...india mabuk..siang hari..
dia asyik ckp.."bang..tegurlah saya bang"..
Nak marah jd klako plaks..huahahaha.....

Thursday, March 31, 2011

New Pet

Haikal punye pet yg terbaru...comel sgt katanya...
2 jantan 2 betina..
Dia belum bagi nama..



Friday, March 25, 2011

Cope Adventure really adventure!!

Aku nak share experience aku ketika aku masuk program yg company bagi iaitu Cope Adventure, Ampang..bersebelahan menara tinjau pada 4~6/Mar yg lalu.
Memang betul2 adventure!!...

Hari pertama sewaktu kami sampai kira2 jam 5 ptg dah bermula pun program..tapi sebelum tu kita makan dulu..lepas tu barulah kami dibawa ke khemah utk berehat..khemah tau..tapi ada aircond beb..! Satu khemah kami berempat..Aku, Naz, Ima & Nad. Sume ngam...takde hal..lepas solat, time makan malam. Makan mmg best..Dari 1st day smpilah nak balik tu makanan mmg terangkat..aku sempat gak jumpa chef dia ucap tima kasih..

Lepas dinner tu..bermulalah adventure kami..kena jalan tutup mata masuk dlm hutan..!!huhuhu..scary beb...kitaorang 1 group 8 org girls..berpeluh..tapi time tido aku susah nak lelap..tak tau kenapa..
Tapi keesokan paginya, we all aerobik bangrha..instructure dia ala2 Hitrik Roshan gitu..hensem macho..hihihi..apa lagi hindustan smpi habis..!!basah baju..huh!!lepas tu sarapan kaw2 murtabak sardin, kuehtiow goreng..pergh..layan...

After sarapan kami dibahagi kpd group. Group aku namanya "Dynamic Green"..itupun idea aku since instructure pecahkan group kpd colour...dgn theme Strong & Energetic pun idea aku gak..hehehe..so byklah activiti yg aku & group hadapi such as wall climbing, river crossing, swing, spider web dan byk lagi yg mmg menguji diri. Lepas tu ada session brainstorming & presentation. Byk gak group kami collect points..dan juga puji-pujian dr instructure maklumlah kami sgt energetic...huhuhu...

Lepas lunch kami kena masuk hutan!! Aku dah buat persiapan awal utk masuk hutan nih...Tukar kasut lain, track bottom aku masukkan dlm stokin utk mengelakkan lintah2 merayap masuk..pakai topi..nak menambahkan adventure kami...hujan turun sgt lebat ketika kami sume berada di tengah2 hutan tu..dgn keadaan basah kuyup perjalanan sgt lambat sbb tanah licin dan merbahaya..kami smpi pada check point kira2 2 jam meredah hutan tu..masa tu hujan dah reda skit so mr. mogan brief kami mcmana nak buat khemah menggunakan pokok2 hutan..jam 5 ptg kami sume selamat smpi semula ke Cope Adventure. Minum petang licin aku "kerjakan"...lapar....lepas tu acara bebas..kitorang membasuh baju..sume facilities ada kat sini. WM & dryer, iron juga disediakan..Masa mandi adalah beberapa aweks yg menjerit sbb ada lintah melekat kat diorg..

Malam acara gelak ketawa..lepas dinner barbeque yg sedap2 tu..acara chinese whisper..mmg kelakar..tonggang langgang jadinya...pecah perut...
Lepas tu acara bebas..ada yg karaoke, ada yg sambung makan balik..we all girls pegi panjat menara tinjau view KL..wow..!!fantastic..byk gak gambo aku snap...like it...lepas turun we all lantak karaoke plaks...hehehhe...11pm good nite..
Last day, after breakfast tu ada game explore race..last but not least is the best game i've ever played is Paintball...great!!..
Thanks to all instructure for the great adventure, experience, guidence, tips of life and everything that had thought us to be a good person.
Awesome!!

Thursday, March 17, 2011

Cakap siang pandang2....cakap malam dengar2...

Nasihat aku pada budak2 yg baru merasai pengalaman bekerja.
Jangan dengar cakap2 orang..
Bijak memilih kawan..
Cerita yg tiada menampakkan kesahihannya..pedulikan sj..

Bukan apa..aku baru sj menyelamatkan sorang new staff kat office yg menjadi mangsa mulut2 durjana..suka hati menambah perasa, garam & ajimoto utk menyedapkan cerita..
Yang sedihnya pihak ketiga kena transfer ke office lain...kononnya "perkara ini" akan di bawa ke pihak atasan..Kesian pihak yg ketiga tu sbb dah berpuluh tahun bekerja..

Tapi aku bangga sbb new staff ni berani confront dgn senior2 yg dah marah sgt kat dia kononnya dialah punca segalanya..Aku nasihatkan dia agar jadikan ini sebagai ikhtibar, panduan dalam hidup yg serba mencabar ini..

Thursday, February 24, 2011

I got nothing to share...

Pagi tadi boss ada hangin skit..
Dia baru masuk kerja hari ni selepas balik dari overseas business trip.
So she's expecting that somebody would highlight about the sales or operation matter...
But unfortunately...
So apalagi...morning assmbly is for you to share somothing or anything..
dont say sorry , i got nothing to share..bla..bla..bla...
Adoiyai...

Sunday, February 20, 2011

Friday, February 18, 2011

"Sedetik Lebih"





[Verse 1:]
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

[Pre-C/O:]
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

[C/O:]
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

[Verse 2:]
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

(Repeat Pre-C/O & C/O)

(Repeat C/O)

Friday, February 11, 2011

HARAM DAN HARAM MENYAMBUTNYA..!!

Di Radio KL dlm Tazkirah oleh Uzt. Wan Shohor bin Leman..
Ketahuilah Valentine day diambil bersempena nama seorang paderi bernama Saint Valentino. Beliau telah mengumumkan 14hb Feb adalah hari kasih sayang berikutan kemenangan tentera kristian ke atas tentera islam (perang apa tak ingat plak).
Oleh itu sebagai penganut agama islam adalah HARAM DAN HARAM menyambutnya. Kan kita dah byk perayaan nak sambut...

Tuesday, February 8, 2011

Tuesday, February 1, 2011

Ikhlas dari Najib Razak & keluarga.

Salam 1Malaysia. Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada kaum Cina. Ikhlas dari Najib Razak & keluarga. najib@1malaysia.com.my

Saturday, January 29, 2011

Jalan2 makan angin @ Bandung


Assalam..
Kali ni nak cerita kisah aku and the gang jalan2 & shopping di Bandung.
This is first time aku lepas berjalan sorang. Sama gak ngan gang aku. Kami berlima ibarat mak orang dpt pelepasan sekejap dari anak2 & hubby. Yahoooo..!!
Sepatutnya kami hanya berempat..tp entah mcmana kak Nora last minute nak ikut sbb baru dpt pelepasan dari hubbynya..huhuhu...sian kak nora..airasia dah fully book so dia dptkan MAS..alhamdullillah dpt walaupun mahal skit ticket tuu..tapi kami kena tunggu kak nora di Bandung airport sbb flight MH sedikit lewat dr. kami. Ok jer..lepas check in hotel karmila kami isi perut yg dah keroncong dgn lunch masakan nasi padang..eehh..lupa plak nak citer..nama pak supir kami tu Pak Daimun namanya..tapi Nani panggil dia Pak Berlian..


Pak Diamun sangka kami sume budak student..patutlah bila lalu jer kat Universitas Islam Bandung, beriya2 dia introduce universiti tuu...hihihi...
Lepas makan ke airport semula ambil kak nora...haaa....disinilah bermulanya perjalanan kami berlima meredah Bandung. Sebelum pulang ke hotel dinner di Karamba..makanan sunda..not bad..ada ikan garome asam manis, ada gak sambal belacan, tauhu goreng dan macam2 lagi. Kebetulan ketika kami mkn ada gak rombongan dr Malaysia. Dah kenyang balik hotel..mandi. Ada pulak takleh tido..jom pegi minum teh..bayangkan dah lebih kurang jam 1030mlm..ibu2 ni melepak kat bistro. Di tingkat atas bistro ada life band..sedap suara awek tu nyanyi..kelihatan di tingkat bwh anak2 muda bandung tgh enjoy..hisap shisha..yg tonggang pun ada gak..diorg agak pelik tgk kami..hhmmmm..sblm tidur meeting dulu. Kira bill hotel dan lain2..just to make sure takut tersilap..sbb kami dah collect & allocate duit hotel and transport dr Malaysia lagi..pastu baru blh tido...Tido plak ada yg "nyanyi" jugakk...hihihi...kesian Midah tak dpt tido..aku tido dgn nyenyaknye...




Hari kedua kami sume sepakat akan ronda habis sampai malam. Jam 9pg Pak Diamun dah dtg tunggu kami di lobby..pastikan dah isi perut sarapan dgn nasi goreng and teh manis..Agenda hari kedua..pegi ke Tangkuban parahu..fulamak..jln dia lebih kurang mcm kat Bukit Putus..Midah, Kak Nora, Niza dah pegang kepala, sapu minyak angin..fenin...lg brapa km nak sampai, Pak Diamun berpesan supaya jgn beli apa2 dr org2 yg dtg menghampiri..dan jaga handbag masing2. Tangkuban Parahu seperti di Cameron Highland..ia adalah bekas gunung berapi..dah tak aktif..Tapi bau belerang dia membuatkan Midah skit fenin...Lepas turun dr Tangkuban Parahu..kena isi perut dulu..kami singgah di Saung Wargi..very nice place..ala2 resort gitu & makan pun sedap...bila dah kenyang barulah boleh sambung shopping...adoiyai..mcm nak tercabut kaki..borong sakan..kasut kulit sekurang2nya sorang beli 2 pasang..murah betul..mana taknye buy 1 free 1...pastu singgah plak ke pasar baru..kain cotton english hanya rm4 semeter..apalagi ibu2 rembat..kat sinilah Nani bertukar nama kpd Kak Ros..sbb dia jumpa Pak Mail..hahahaha...Sblm balik dinner di Karamba. Sblm tido meeting lagi..sbb kami akan balik keesokannya dan kak nora akan stay another night. Distribute duit airport tax, check boarding pass masing2..Tido...huh!!.."nyanyilah" Nani...aku nak tido..penat.

Bangun tido Midah buat hal.."La..aku nak pegi pasar baru lg nak beli kain macam ko punye,pastu nak gi Donatello nak beli kasut lagi..huhuhu...ok..nnti kita tye kak nora&niza..Rupanya diorg pun mimpi kasut gaks..Layan...pagi tu lepas breakfast kami check out..after bincang2 Pak Diamun bw kami ke pasar baru..beli kain lagi..pastu ke Elizabeth..aku beli kasut lg. After that its time to go to airport..hantar kak nora ke hotel dgn airmata..sob..sob..sob..sblm boarding habiskan duit rupiah yg ada..licin aku kerjakan..sampai LCCT jam 0640ptg hubby & anak2 tlh menunggu..

Saturday, January 8, 2011

Sorotan seminggu

Minggu ni punya cerita macam2 ada..

Cerita pasal Haikal. Hari kedua persekolahan. Kebiasaanya Dinie akan ambil haikal balik dr sekolah. Tp ptg tu hujan lebat dan hari tu aku bercuti. Aku dan Dinie keluar lewatlah skit sbb aku rasa haikal pun takkan bermain kemana2 dlm hujan lebat ni. sampai sj disekolah biasalah jem..ibubapa dtg ambil anak masing2.. aku suruh Dinie ke tmpt biasa haikal menunggu. Dah hampir 20min Dinie call dn inform dia tidak berjumpa dgn adiknya. Dah semua tmpt dia cari katanya. Terpaksalah aku turun dr kereta dan sama mencari. Pusing2..tak jumpa gak..hujan masih lebat..mana dia pergi?? Tergerak hati beritahu dgn guard.. baru sj aku katakan pd guard yg aku tak jumpa anak..terdengar Dinie memanggil aku. "Ibu..ni dia..!!" Aku tengok haikal basah kuyup sambil menjunjung beg di atas kepala. Katanya dia bersama Izzat. "Izzat ajak haikal main kat sana"....
Sampai dirumah aku suruh dia keluarkan buku2 dr beg sekolah yg basah tu..bila haikal tengok jer buku2nya basah..."alamak.dah basah..kaler pensil pun basah..belum pakai lagi..hhmmm....tau pun....harap2 Haikal belajar dr kesilapan.

Dua hari lepas, nak balik dr kerja. "Alamak..tayar pancit..!! Besarnya tayar aku nak tukar...Nasib baik ada rakan yg sudi membantu. Aku call hubby..kebetulan dia di Penang. Minta bantuan anak buah pulak. Os bantu aku sampailah ke kedai tayar. Aku call anak2..just checking and nak inform aku lewat balik. Again haikal hilang lagi. Puas kakaknya mencari. Aku suruh Dinie tunggu juga disekolah walaupun Dinie kata org sume dah takde..dah balik..sambil aku cuba call Amier pulak di rumah manalah tau kot2 Haikal dah balik sendiri...Amier kata takde. Takpe masing2 tunggu jer..Aku tengok jam dah pukul 7.05pm..Mana lagi budak ni pegi...Tak lama tu..amier call..Haikal dah balik...dia bailk dgn kwn dia..Izzatlah tuu....Selesai di kedai tayar..trus balik rumah tukar baju dan hantar amier & haikal ke kumon. Aku mkn burger dlm kereta smbil tunggu diorng...huhuhuhu....

Tuesday, January 4, 2011

Ragam 3 Jan 11

Semalam 3 Jan 11 adalah hari pertama persekolahan. Aku baru nak daftarkan Haikal di Tahfiz. Dah tak nak sekolah kat Kafa tu lagi..tak best katanya..Pendaftaran dan termasuklah buku2 di situ saja kira2 RM360.00. Nampaknya tahfiz tu dah ada guru2 muda dan proses pendaftaran nampak lebih teratur dan tak byk kerenah. Selesai, aku pun berangkatlah tinggalkan Haikal menyesuaikan diri.
"Eh..!! kau...hhhmmm....bukan apa ..terjumpa sahabat lama..mmg lama tak jumpa walaupun duduk satu taman. Bila dah jumpa tu macam2lah ceritanya..
Suhaila dah beranak 5. Berkahwin dgn Yusri,bercinta waktu kilang di Bangi..Su sgt sederhana orgnya..dari dulu smpi sekarang..Dulu zaman anak dara kami bertiga. Aku,Su dan Naz. Su bercerita sambil mengupdatekan aku kisah sahabat2 lama..yang tak sedapnya cerita sahabat2 berkahwin bercerai..iisshhh..!!bukan saja kwn2 yg sebaya dgn kitaorg tapi akak2 dan abg2 veteran pun ada yg dah bercerai..subhanallah...kenapa boleh jadi mcm tu yea..Padahal ketika masih bekerja kilang dulu susah senang bersama...
Tak taulah apa masalah diorang itukan jodoh namanyakan...tak kurang juga ada yg dah rujuk balik..alhamdulillah..

Lepas hal tahfiz, tengahari pulak ke sekolah kebangsaan. Walaupun dah keluar awal 12.30tghari dan sekolah pun taklah jauh sgt sebenarnya, tapi aku sampai di sekolah jam 1.00 dan aku dpt keluar dr kereta kira2 15min kemudian..kenapa??? apalagi jem ler. Jem kenapa?? Jem pasal kereta byk tu adatlah boleh bergerak lagi..tapi ini jem hanya disebabkan sebijik kereta ni yg menghalang traffic sbb kereta diparking dgn separuh bonet blkg kereta berada di atas jln. Nasib baik ada gak yg prihatin..nak menunggu tuan pnye dtg entah bila...
Disekolah kebangsaan Haikal ditempatkan dibangunan baru, tapi toilet plak takde air lagi..dahlah kelasnya di tingkat 1 makanya kenalah gunakan toilet lama ditingkat bwh..kesian..hhhmm..yuranya pulak..RM84.00 ajer..