Sunday, October 24, 2010

Dulu Sekarang


Anak2 dulu dan anak2 sekarang mmg jauh berbeza.
Dulu kalau tak silap, aku tak pernah menyertai lawatan rombongan sekolah..jauh ataupun dekat..kalau nak ke mana2 pun mesti bersama family..
Tawaran untk melanjutkan pelajaran pun aku tolak..vokasional, Uitm, Space..hhmm adalagi ker?? Kenapa???..Mak & abah tak bagi...Kenapa?? Jauh sgt..nanti tak tau apa jadi..sakit pening..sedara mara takde kat sana..bla..bla..bla..

Bukan apa, anak2 aku sekarang ni beruntung. Kemana diaorg nak pergi,kemana diorang nak belajar, ikut pilihan mrk sendiri...Tapi bukan semuanya permintaan mrk aku dan hubby tunaikan...kami akan berbincang bagi memastikan tempat yg mrk nak pergi,lawati ataupun belajar tu bersesuaian. Maklumlah, tempat2 yg mrk nak pergi tu kami kena tau juga bagaimana persekitarannya, cuaca dan sebagainya..contoh..pernah dulu sekolah anjurkan rombongan ke PD..waktu tu dah masuk musim tengkujuh..jadi aku tak benarkan. Lagi2 pulak kes accident bas rombongan masa tu macam tengah musim. Fobia dibuatnya.

Aku dan hubby pernah lepaskan anak berjauhan. Dinie memilih sendiri utk belajar di salah sebuah sekolah agama di Perak selepas mendapat result UPSRnya. Wan dan atuknya pun asyiklah suruh pilih yg berdekatan..kat Seremban kan ado...apo jauh bona..nak buat mcmana..kami sedaya upaya mengikut pilihan dia walaupun sebenarnya berat hati.
3 bulan pertama, Dinie dah dpt sesuaikan diri tapi masih lg menangis setiap kali kami pulang selepas melawat dia. Lepastu dia dah mula buat mcm2 permintaan...suruh dtg every week, suruh bw dia kluar jalan2 dan dah minta transfer pulak...
Baru dia tau berjauhan dgn family...kat sana kena bangun awal, cuci baju sendiri, gosok baju sendiri, serba serbi sendirian berhad. Makan tidaklah sesedap makan kat rumahkan...

Bila dia dah tau begitu kehidupan di asrama, dia minta juga kat ayahnya utk transfer balik ke sekolah yg berdekatan saja dgn rumah..jalan kaki jer..Alhamdulillah..setelah hanya 6 bulan sj dia bertahan di situ akhirnya berjaya juga Dinie transfer. Lepas tu bila ada cousin yg nak cuba2 apply sekolah berasrama, mama diaorg mesti suruh rujuk dulu kat Dinie..hahaha..tanya org berpengalaman..Lepas tu mesti diaorg tak jadi nak pilih asrama yg jauh..legalah mak bapa diaorg...

No comments: